in

“Tak nak beli luar dah” – [VIDEO] Wanita Terkejut ‘Order’ Makanan Tapi Dapat Ayam Goreng Ada ‘Ekor’

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda paling frust sekali bila order makanan dari rumah ni bila tak dapat apa yang diminta. Lagi-lagi bila tengah lapar, boleh buat gaduh!


Tapi macam mana pulak kalau kita order benda lain, lepastu makanan yang kita dapat tu lain pulak rupanya dari yang kita pernah makan dari kecik?

Ini apa yang berlaku kepada seorang wanita dari negara seberang bila dia memuat naik video nasi bungkus bersama ayam goreng yang dipesannya itu.

Video yang dimuat naik semula di Instagram @undercover.id ini menunjukkan wanita ini telah menyentuh ayam goreng yang dipesannya itu.

Menurut wanita ini, isi tersebut memang nampak macam ayam tapi wanita ini pelik kenapa tiba-tiba ada ekor panjang dekat “ayam” bersalut tepung itu. Adoiii, apalah yang dorang guna ni?

“Kenapa dia masih berani pegang”

Video yang telah mendapat lebih dari dua juta tontonan ini menunjukkan rata-rata netizen turut loya melihat makanan yang diterima oleh wanita tersebut.

Selain itu, netizen turut memberikan spekulasi bahawa penjual tersebut telah menggunakan tikus sebagai ayam goreng.

Screenshot 2022 08 04 At 3.59.33 Pm Down

Wanita yang memuat naik video ini turut memberitahu bahawa dia telah pun bertanya kepada penjual makanan tersebut dan katanya benda panjang itu adalah usus punggung ayam.

Saya dah dapat pengesahan dari penjual. Kata penjualnya itu usus buntut dari ayam.”

Namun begitu, wanita tersebut mengakui ekoran dari insiden tersebut dia dan keluarganya rasa mual dengan apa yang berlaku tapi tetap berfikiran positif.

 

Baca: Najis Tikus Merata, Restoran Mee Goreng Terkenal Di Penang Diarah Tutup Kali Ketiga!

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.