in

Najis Tikus Merata, Restoran Mee Goreng Terkenal Di Penang Diarah Tutup Kali Ketiga!

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak cari makanan yang sedap. Kalau ada je orang cakap satu tempat tu best, confirm esoknya ramai yang beratur nak beli makanan.


Namun baru-baru ini, satu restoran nasi kandar yang beroperasi sejak 40 tahun lalu di Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah pun diarahkan tutup baru-baru ini.

Restoran yang terkenal dengan sajian mi goreng sedap ini diarahkan untuk ditutup serta-merta selepas Jabatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menjalankan operasi dan menemui najis tikus di bahagian hadapan premis, ruang makan, tempat penyimpanan barang termasuk perkakas yang digunakan untuk memasak.

Lebih menjijikkan, najis tikus turut ditemui berhampiran cucur yang baru siap dimasak oleh pekerja restoran sebagai salah satu bahan dalam penyediaan mi goreng terkenal mereka, lapor Malaysia Gazette.

Ad23Ed10 30F5 4Cbf 987E 29B4Aa1A6B3C Scaled.jpeg

Kehadiran najis tikus di premis makanan merupakan satu kesalahan yang major non-compliance.”

Bukan itu sahaja, pemeriksaan yang dibuat juga turut menemui pekerja-pekerja ini turut tidak mengambil suntikan anti-typhoid yang merupakan syarat kesihatan tetap untuk mana-mana pengendali makanan.

Tak cukup dengan itu, perangkap minyak dan sisa makanan di restoran ini juga turut tidak diselenggara dengan baik dan peralatan yang digunakan juga kotor.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali ketiga restoran nasi kandar ini diarahkan tutup kerana gagal mematuhi tahap kesihatan yang ditetapkan.

Nasihat, amaran serta kompaun telah diberikan terhadap pemilik restoran menerusi pemeriksaan berkala yang dilakukan MBPP sejak awal tahun namun tiada sebarang penambahbaikan dibuat.

“Sehubungan itu, hari ini kita lakukan penutupan premis susulan banyak amaran serta kompaun telah dikenakan terhadap pemilik premis ini namun mereka dilihat masih degil.”

Adoiii, loya tekak!

 

Baca: “Eee kotornya!” – Netizen Geli Tengok Cara Restoran Popular Di Kg Baru, KL Sediakan Makanan

Screenshot 2022 08 04 At 1.36.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.