in

“Tak nak bagi queue panjang” – Menteri Kata Seorang Sahaja Beli Barang & Seorang Lagi Tunggu Dalam Kereta

2Keluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, sekarang ini satu keluarga dah dapat kelonggaran untuk 2 orang keluar rumah. Namun, Malaymail melaporkan semalam bahawa Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar hanya seorang saya yang akan pergi beli barang keperluan.


Manakala seorang lagi akan tinggal didalam kereta, tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada beratur panjang.

 

Kami sarankan hanya seorang sahaja yang beli berang walaupun dah 2 orang boleh keluar. mungkin suami boleh tunggu dalam kereta, isteri pergi beli barang.”

Kelmarin, pindaan itu telah dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk membolehkan seseorang individu didampingi oleh ahli keluarga dari keluarga yang sama ketika keluar membeli barang keperluan atau ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan.

Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan membenarkan perubahan prosedur operasi standard (SOP) untuk PKP setelah menerima aduan daripada orang ramai.

“Terdapat aduan dari orang ramai yang mengatakan bahawa mereka mempunyai masalah tempat letak kereta dan ada kes di mana isteri bekerja, tetapi tidak tahu bagaimana memandu dan suami perlu menghantar mereka ke tempat kerja.”

“Ini adalah antara beberapa masalah.Setelah mempertimbangkan masalah dan melihat kes-kes Covid-19, yang kini secara bertahap berkurang, kami memutuskan untuk membiarkan langkah fleksibel ini”

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa SOP lain seperti social distancing dan peraturan lain yang dibuat untuk PKP masih perlu diikutkan.

 

Baca : TERKINI : 2 Orang Sekeluarga Dibenarkan Keluar Sekali Semasa PKP Fasa 4

2 Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.