in

“Tak mampu bayar makeup” – Hilang Masa Hari Majlis, Lelaki Tampil Perjelas Hal Sebenar

Ft Lelaki Cabut Lari Sebab Tak Mampu Bayar Mua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kisah viral dari negara seberang baru-baru ini berkenaan dengan nasib malang seorang wanita yang terpaksa berdiri di atas pelamin seorang diri selepas bakal suaminya dikatakan menghilangkan diri ketika hari tersebut.


Sejak hari tersebut, sumber melaporkan lelaki itu terus tiada khabar berita. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, si lelaki yang dikenali sebagai Gandi itu telah tampil memberikan respon untuk menceritakan hal sebenar dan membuka buka kenapa dia tergamak melakukan perkara sedemikian.

 

Tak ada duit nak bayar MUA

Salah satu punca adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi. Dia lari dengan wang hasil gadaian motosikalnya.

Wang itu dikatakan digunakan untuk majlis pada mulanya, Gandi mengaku dia sangat menyayangi wanita malang itu dan tidak sanggup membiarkan kekasih hatinya itu berseorangan di pelamin, tapi terpaksa melakukannya.

Screenshot 2022 05 20 190542

Tambahnya, dia pernah berpesan kepada buah hatinya itu untuk tidak menggunakan perkhidmatan jurusolek yang menetapkan harga tinggi, tetapi keluarga perempuan dikatakan telah memanggil jurusolek yang jauh lebih mahal.

Screenshot 2022 05 20 190601

Gandi sebelum ini mengatakan bahawa dia pernah berhasrat untuk batalkan majlis resepsi pada 3 hari sebelumnya atas saranan orang tua, tetapi majlis tetap berlangsung.

Malah, orang tuanya juga cadang agar Gandi menggadaikan motosikal untuk perbelanjaan majlis. Disebabkan kes ini, Gandi sekarang sedang berusaha keras untuk kumpul wang bagi membiayai kos majlis tersebut.

Baca : Dah Kurangkan Mas Kahwin, Pengantin Lelaki Tetap ‘Cabut Lari’ Masa Hari Nikah

Ft Pengantin Lelaki Lari Masa Hari Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.