in

Dah Kurangkan Mas Kahwin, Pengantin Lelaki Tetap ‘Cabut Lari’ Masa Hari Nikah

Ft Pengantin Lelaki Lari Masa Hari Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengantin perempuan di Jawa Timur berdepan dengan detik pahit dalam hidupnya apabila hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia berubah menjadi kelam setelah terpaksa berdiri di pelamin tanpa pengantin lelaki.


Dalam kejadian yang berlaku pada 8 Mei 2022 lepas, lelaki yang dikenali sebagai Gandy itu tidak menampakkan batang hidungnya ketika hari pernikahan setelah ditunggu dari pagi sampai ke malam.

 

“Pengantin lelaki dikatakan lari. Kami dah tunggu sampai habis solat Isyak”

6153Bf4306E7E

Menerusi Kompas, pengantin wanita yang dikenali sebagai Ardi itu menjelaskan keluarga mereka terpaksa menanggung malu akibat perbuatan lelaki tersebut.

Manakan tidak, keluarga mereka telah mengundang kira-kira dalam 1,000 jumlah jemputan pada majlisnya. Namun begitu, majlis terpaksa diteruskan dan untuk belah lelaki, hanya ibu bapa pengantin sahaja yang hadir.

“Kedua orang tua Gandy saya paksa harus hadir di resepsi pernikahan walau tanpa pengantin laki-laki.”

Sehingga kini, masih belum diketahui dimana Gandy. Kata Ardi lagi, pada 3 hari sebelum tarikh pernikahan mereka, Gandy ada mempertikaikan jumlah mas kahwin (2 juta rupiah = RM 600 bersertakan satu set barang kemas) yang dikatakan agak tinggi padahal jumlah itu diusulkan oleh si pengantin lelaki itu sendiri.

Disebabkan persiapan semua dah ada, Ardi mengatakan pihak keluarganya pasrah dan mengalah untuk menurunkannya kepada Rp 200,000 (RM60) tanpa barang kemas.

“Kami mengalah karena tinggal tiga hari, undangan sudah disebar ke mana-mana, persiapan sudah matang.”

Namun, kelibat Ganday tidak muncul pasa hari pernikahan dan susulan dengan kejadian itu, kedua-dua belah keluarga telah bersepakat untuk tanggung semua biaya pernikahan.

Baca : “Suami tu layak dpt lebih baik” – [VIDEO] Viral di TikTok Pengantin Perempuan Minta Izin Suami Nak Peluk ‘Ex-BF’ Buat Kali Terakhir

Ft Pengantinpeluk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.