in ,

“Tak malu ke bodoh?” – Netizen Geram Tengok ‘Trend’ Budak Sekolah Pakai Baju PornHub Gambar Lucah

Budak-budak sekarang ni, tak tahulah nak cakap apa pasal dorang… Dorang ni advance ke daring ke atau memang betul-betul innocent sampai tak boleh nak beza benda elok dengan tak elok?

Baru-baru ni, seorang netizen kongsikan satu gambar di Twitter yang dah tular di media sosial tunjukkan empat orang remaja, kalau tengok dari muka dan ketinggian mungkin masing-masing bawah 15 tahun.

Namun, apa yang nak terjojol mata pandang dorang ni adalah baju yang dorang pakai. Bukan main berani lagi dorang pakai baju mempromosikan Pornhub, laman web porno yang telah pun disekat oleh kerajaan Malaysia.

Bukan tu je, baju tersebut juga turut menunjukkan imej-imej grafik wanita tak berpakaian dan yang terlampau 18sx. Tak malu ke jalan pakai baju macam ni woi?

Apa yang menyedihkan lagi, usia-usia macam ni pun dorang dah tahu tentang kewujudan Pornhub dan siap bangga lagi pakai dekat public. 

“Kalau kena lempang dengan aku ni koma seminggu”

Ekoran tularnya gambar ini, ramai netizen menunjukkan rasa geram dan menyampah mereka dengan trend fesyen budak sekolah zaman sekarang ni. Yang penting, mana dorang dapat baju ni?!

Haih, pok sorang-sorang ni baru tahu!

 

Baca: “Mana pergi maruah dorang?” – Netizen ‘Malu’ Tengok Budak PT3 Bergelek Sakan Lepas Jawab English Paper