in

DSV Anggap Niatnya Jual Sejadah Doa Makbul Disalah Erti, Kongsi Video Kecaman Netizen

Sejadah Doa Makbul Dikecam Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida di media sosial, korang pasti perasan yang DSV sekarang ini sudah mengeluarkan produk baru iaitu sejadah ‘Doa Makbul’.


Walau bagaimanapun, sejadah itu telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen kerana DSV dianggap ‘menunggang agama’ akibat daripada nama sejadah berkenaan dan harganya yang agak mahal.

E7Sp6Enwqaiyfnr 1

 

DSV kumpul komen negatif berkenaan sejadah

Namun begitu, DSV nampaknya tidak mudah mengalah dengan komen netizen dan memandang perkara tersebut dari sudut positif apabila dia mengumpulkan kesemua komen-komen netizen serta keratan berita dari media sosial dan kemudian membuat video bersama sejadah jualannya itu.

Sambil memaparkan komen-komen kritikan mengenai sejadah itu, DSV dilihat menunjukkan juga video dia menggunakan sejadah Doa Makbul dengan latar lagu sedih.

Dsv Menunggang Sejadah Doa Makbul

Dsv Dikritik Jual Sejadah Doa Makbul

Boleh tengok full video sejadah Doa Makbul ni di sini.

 

“Dicop penunggang agama” – DSV 

Menerusi posting tersebut, DSV juga menjelaskan bahawa tujuannya untuk menjual sejadah tersebut telah disalah ertikan dek kerana menggunakan nama ‘Doa Makbul’.

Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana masih ramai yang menyokongnya meskipun dia telah menerima pelbagai kritikan.

Dsv Doa Makbul Sejadah

Dicop penunggang agama. Dipersalahkan erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’. 

“Saya mendapat banyak kecaman dari warganet dan netizen tapi Alhamdulillah masih ada yang bersama saya terima kasih,” katanya.

Video tersebut telah mendapat banyak komen positif daripada netizen yang rata-rata menyokong usaha DSV untuk terus menjual sejadah tersebut.

Komen Sejadah Doa Makbul

Apa-apapun admin harap DSV bertabah dengan komen negatif yang diterimanya. 

Baca: “Sejadah biasa rm15 aku beli ni doa tak makbul agaknya….” – Jenama Sejadah ‘Doa Makbul’ DSV Dikritik Netizen

Sejadah Doa Makbul

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.