in

“Sejadah biasa rm15 aku beli ni doa tak makbul agaknya….” – Jenama Sejadah ‘Doa Makbul’ DSV Dikritik Netizen

Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Dato’ Seri Vida (DSV) pernah terpalit dengan kontoversi apabila dakwa produknya dikatakan mampu membantu dalam merawat pesakit kanser dari tahap 4 ke tahap 2 bersama Elyana ketika ditemubual olehnya saat hari penyikiran penyanyi lagu Kalis Rindu dalam Konsert Gegar Vaganza 2017 lalu.


Ia susulan dengan pengumuman mengejutkan oleh Elyana apabila dia mengumumkan bahawa dirinya menghadap kanser tahap 4 di pengakhiran program itu dan mengundang simpati ramai pihak.

Berbalik kepada isu DSV, namanya sekali lagi dihimpit dengan kecaman netizen susulan dengan pelancaran produk sejadah miliknya itu.

 

Sejadah Doa Makbul

E7Sp6Enwqaiyfnr

Perkongsian itu telah dikongsikan menerusi IG story miliknya, namun memandangkan ia dah tamat tempoh 24 jam, ianya dikongsikan semula di Twitter dan tular.

Difahamkan, DSV ada menjual sejadah jenama miliknya yang dinamakan Sejadah Doa Makbul, ia telah mengundang pertikaian netizen kerana harga yang dijual dan nama yang diberikan dalam produk tersebut.

Rata-rata memberikan komen sinis terhadap nama yang diberikan, malah ada juga yang was-was dengan design yang di tunjukkan, tetapi masih belum dapat kepastian.

Sejadah Vida Copy Sejadah Vida 7 Copy Sejadah Vida 6 Copy Sejadah Vida 5 Copy Sejadah Vida 4 Copy Sejadah Vida 3 Copy Sejadah Vida 2 Copy

Namun begitu ada juga yang anggap bahawa ia hanyalah sekadar nama dan tak ada apa yang perlu dipersalahkan dan sekaligus telah membantu dalam membuat pemasaran percuma buat DSV.

 

Baca : “Saya nak minta maaf utk apa?” – Dikatakan Riak Taknak Tolong Orang Susah, DSV Kata Boleh Beri Bantuan Tapi…

Ft Dsvputih

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.