Bagi mereka yang mengikuti perkembangan jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida di media sosial, korang pasti perasan yang DSV sekarang ini sudah mengeluarkan produk baru iaitu sejadah ‘Doa Makbul’.
Walau bagaimanapun, sejadah itu telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen kerana DSV dianggap ‘menunggang agama’ akibat daripada nama sejadah berkenaan dan harganya yang agak mahal.
DSV kumpul komen negatif berkenaan sejadah
Namun begitu, DSV nampaknya tidak mudah mengalah dengan komen netizen dan memandang perkara tersebut dari sudut positif apabila dia mengumpulkan kesemua komen-komen netizen serta keratan berita dari media sosial dan kemudian membuat video bersama sejadah jualannya itu.
Sambil memaparkan komen-komen kritikan mengenai sejadah itu, DSV dilihat menunjukkan juga video dia menggunakan sejadah Doa Makbul dengan latar lagu sedih.
Boleh tengok full video sejadah Doa Makbul ni di sini.
“Dicop penunggang agama” – DSV
Menerusi posting tersebut, DSV juga menjelaskan bahawa tujuannya untuk menjual sejadah tersebut telah disalah ertikan dek kerana menggunakan nama ‘Doa Makbul’.
Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana masih ramai yang menyokongnya meskipun dia telah menerima pelbagai kritikan.
Dicop penunggang agama. Dipersalahkan erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’.
“Saya mendapat banyak kecaman dari warganet dan netizen tapi Alhamdulillah masih ada yang bersama saya terima kasih,” katanya.
Video tersebut telah mendapat banyak komen positif daripada netizen yang rata-rata menyokong usaha DSV untuk terus menjual sejadah tersebut.
Apa-apapun admin harap DSV bertabah dengan komen negatif yang diterimanya.