Baru-baru ini, program terbaru keluaran Astro All Together Now Malaysia (ATNM) telah mendapat kecaman ramai gara-gara didakwa melanggar SOP.
Dalam episod baru yang ditayangkan Ahad lalu, dilihat seramai 50 selebriti terkenal yang menjadi juri dalam rancangan tersebut dilihat tak memakai pelitup muka dan salah seorangnya merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia dan juga anak kepada Menteri Kanan (Pertahanan), Gaddafi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi.
Oleh kerana ini, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, tiada siapa yang akan terkecuali dari dikenakan undang-undang sekiranya melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini termasuk anaknya sendiri, lapor MalaysiaKini.
MKN sedang menyiasat perkara tersebut. Tak ada siapa yang terkecuali. Tindakan akan diambil kepada sesiapa yang melanggar SOP walaupun orang itu adalah anak saya sendiri.”
Pada Selasa lalu, Ketua Pengarah MKN Datuk Mohd Rabin Basir dilaporkan telah memberi arahan untuk menjalankan siasatan ke atas rancangan tersebut.
Ekoran ini, Astro telah pun menggantung program realiti nyanyian tersebut dan nasib program ini hanya akan diketahui selepas Kementerian Komunikasi dan Media selesai menjalankan siasatan.