Tidak boleh dinafikan lagi, penggunaan kamera dalam kereta atau lebih familiar dengan panggilan dashcam, adalah sangat penting. Rakaman dari dashcam boleh digunakan sebagai penyelamat sekiranya berlaku pertelingkahan selepas berlakunya kemalangan.
Begitulah yang terjadi kepada @lilyxxamirah apabila kereta yang dipandu suaminya dilanggar dari belakang secara tiba-tiba. Cuba korang tengok video kejadian tu kat bawah ni.
My husband & my 2 month+ old baby were on their way to pick me up from work last Tuesday & got hit by this crazy driver. Dahla langgar orang, lepas tu boleh turun and jerit “kenapa berhenti tengah jalan?!”. Didn’t even ask if the baby was okay. Good that we have dash cams?? pic.twitter.com/w0FcOvwZrR
— Lils (@lilyxxamirah) January 3, 2020
Apa masalah kau?
Admin pun tak pasti kenapa kereta tu langgar dari belakang. Nak kata kereta depan tu berhenti, tak nampak pulak macam berhenti. Entah lah…
Ini keadaan kereta mangsa yang dilanggar dari belakang. Mungkin boleh jadi dia mabuk, mungkin juga dia tengah ralit main telefon. Hmm macam-macam.
Kalau tiba-tiba kena sawan tu memang tak boleh kawal dah. Tapi bahaya weh untuk orang sekeliling. Tak pasal-pasal kena langgar.
Itulah yang admin cakap tadi. Mungkin dia ralit main phone atau buat something sampai hilang fokus. Apa sekalipun yang dia buat, memang sangat bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.