“Tak semua banyak duit” – Video Kereta ‘Branded’ Sondol Kereta Depan Sebab Tak Nak Bayar Tol Buat Netizen Bengang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selama ni kalau kita kenal dan nampak orang pakai kereta mahal-mahal ni mesti ingatkan yang dia tu banyak duit kan? Bukanlah nak mengutuk tapi, biasanya kereta-kereta branded ni attitude sikit kat atas jalan.

 

Tak semua yang pakai brand H tu banyak duit”

Dalam satu video ni, kelihatan ada kereta sedang melalui tol, kereta brand H itu dilihat cuba nak ‘cucuk’ kereta depan sebab tak nak bayar tol tapi tersondol kereta depannya.

Rakaman melalui dashcam itu dilihat kereta berwarna merah itu cuba ikut lorong sebelah pula dan cuba cabut lari apabila kereta yang dilanggar itu cuba nak menghalangnya.

Disebabkan kelakuan tak ada sivik itu mula tersebar luar di Twitter, ramai yang ‘jijik’ dengan perangai tuan empunya kereta tu.

Malah, ada juga yang berjaya melihat nombor plat kereta tersebut dan semak jumlah samannya. Didapati kereta itu mempunyai saman sebanyak RM 1500!

 

Cheapskate – Netizen

Hurm, kadang-kadang admin pun terfikir kenapa perangai orang macam ni boleh wujud eh? Kalau ya pun naik kereta mahal, jagalah tingkah laku tu.

 

Baca : “Main buka je” – Penunggang Motosikal Tergolek Lepas Terlanggar Pintu Kereta Ni Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.