in

“Tak kekok langsung” – Rider Grab Tolong Jaga Anak Penjual Supaya Boleh Cepat Siapkan Order

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai parents, bukannya senang nak bahagikan masa antara uruskan anak dan perniagaan, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang perlukan perhatian sepanjang masa.


Macam korang tengok, banyak juga pemilik gerai yang terpaksa bawa anak sekali sebab tak ada orang nak jaga, sambil tu pula terpaksa siapkan makanan yang customer order. Memang mencabarlah…

Baru-baru ni, seorang peniaga menjual dumpling di Thailand kongsikan di Facebook tentang pengalamannya dibantu oleh dua orang rider GrabFood yang menjaga anaknya sementara dia siapkan order pelanggannya.

Kejadian ini berlalu bila pemilik gerai ini sedang sibuk sediakan pesanan pelanggan untuk dihantar oleh rider GrabFood tapi tiba-tiba anaknya menangis dan buat perangai. Suaminya pula ketika itu keluar dan tak boleh nak bantu dia tengokkan anak.

Melihat kesusahan wanita ini untuk menyiapkan pesanan sambil jaga anak, dua rider yang baru datang untuk ambil makanan buat keputusan untuk bantu wanita ini.

Rider ni siap dukung anak wanita ini untuk bagi dia berhenti menangis sambil dibantu oleh seorang lagi rider. Comel je…

Sebagai balasan, pemilik gerai ini telah memberikan sebungkung dumpling kepada dua rider ini sebagai tanda penghargaan. Posting ini juga telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan dua rider ini.

 

Baca: “Besar pengorbanan mereka” – [Video] Respek! Grab Rider Sanggup Redah ‘Banjir’Untuk Hantar Pesanan

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.