in

“Tak jadi rujuk” – Abang Viva Dah Tertutup Hati Dengan Bekas Isteri

ft abang viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukarelawan banjir terkenal, Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva meluahkan yang hatinya kini telah tertutup memikirkan soal jodoh selepas berlaku satu insiden pada 17 November lalu di mana ia membuatkan dirinya berhenti daripada kembali bersama bekas isterinya.

Kata pemuda berumur 33 tahun itu, sebelum kejadian, dia masih lagi menyimpan harapan untuk baiki hubungan mereka selepas bercerai bagaimanapun peristiwa pada tarikh tersebut membuatkan dia ‘berdamai dengan diri’ untuk menerima bahawa hubungan itu tidak lagi boleh diselamatkan.


Artikel berkaitan : Bekas Isteri Abang Viva’Spill Tea’, Dedah Cerita Sebenar Perceraian?

Artikel berkaitan : ATak Sanggup Nak Kata Buruk, Eva Noza Dedah Dah Bercerai Dengan Abang Viva

Nak rujuk tapi tak jadi sebab…

Tipulah kalau saya cakap lepas bercerai tak ada rasa sayang. Bulan lalu pun masih ada. Tapi selepas 17 November, ada satu insiden yang saya tak boleh terima, jadi dari situ hati saya terus tertutup, tak jadi rujuk bekas isteri.”

Katanya, selepas pemergian bapa, Allahyarham Omar Pilus, pada Julai lalu, fokusnya kini hanya menjaga ibu selain meneruskan misi bantuan banjir seperti biasa.

Dalam pada itu, dia juga rasa kesal dengan dakwaan bekas isterinya yang mengatakan dia tidak telus menggunakan dana NGO termasuk membeli bot dan enjin baharu yang kononnya untuk dirinya.

Disebabkan tuduhan tersebut, dia memilih untuk tidak lagi mengumpul dana awam, sebaliknya mahu bergerak sepenuhnya bersama NGO, MyFundaction tanpa membuka sebarang tabung sumbangan.

Screenshot 2025 12 04 155453

“Saya baru balik dari misi bantuan banjir di utara termasuk Perlis, semua guna saluran NGO dan saya tak buka kutipan dana seperti sebelum ini.”

Dalam pada itu, bekas isterinya, Evanoza Zakaria, 42, atau mesra disapa Eva, berkata kepada Harian Metro bahawa dia juga kecewa apabila Abang Viva kembali menularkan isu lama yang berlaku pada 2023 dan sekali gus anggap perbuatan tersebut membuka aib.

“Harap dia ‘move on’ sebagai ibu tunggal saya cuma nak fokus besarkan anak-anak yang masih belajar.”

Screenshot 2025 12 04 155435

Sejak kebelakangan ini tular pertelingkahan antara pasangan tersebut di media sosial hingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan kedua-duanya supaya tidak membuka aib masing-masing dan memilih jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di antara mereka.

Azwan dan Eva bernikah pada 14 Oktober 2022 dalam majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah, namun bercerai pada 13 Mac lalu kerana tiada persefahaman.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.