in

Tak Hormati Bahasa Melayu, Anda Mungkin Berdepan Denda RM50K Atau Penjara

Tak Hormati Bahasa Melayu Anda Mungkin Berdepan Denda Rm50K Atau Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia dan ia merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu.


Asal usul pertumbuhan bahasa Melayu berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang, rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Baru-baru ini, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mengeluarkan kenyataan individu yang tidak menghormati bahasa kebangsaan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

Untitled Design 2022 06 23T145359.848

Menerusi laporan Malay Mail, Pengerusi lembaga DBP, Prof Datuk Seri Awang Sariyan berkata kedua-dua hukuman itu adalah antara perkara yang dicadangkan dalam pindaan akta tersebut yang kini dalam peringkat akhir perbincangan sebelum dibentangkan kepada perdana menteri bulan depan.

“Ini bukan tentang kesalahan tatabahasa atau ejaan, tetapi tidak menghormati bahasa kebangsaan. Denda yang dicadangkan bukan untuk menghukum tetapi untuk membangkitkan rasa cinta dan patriotisme kepada negara,” katanya.

Selain itu, Awang juga berkata DBP juga mencadangkan Akta Bahasa Kebangsaan dipinda selaras dengan pindaan Akta DBP supaya tugas sebagai penguatkuasa bahasa dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Bahasa jiwa bangsa kan?

Baca: “Mek Klate menang” – [VIDEO] Lawak! Lelaki Pandai Cakap Banyak Bahasa Rugi Kena ‘Scam’ Dengan Wanita Kelantan

Page Kecek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.