in

“Tak hormat saudara di Palestin” – Ulama ISMA Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia DIBATALKAN

Dog1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman kini, memang senang untuk kita peroleh sumber hiburan, semudah di hujung jari saja. Antara bentuk hiburan yang paling digemari adalah menonton filem dan menghadiri konsert.

Baru-baru ini, Majlis Ulama ISMA (MUIS) dalam satu kenyataan mendesak supaya pihak berwajib membatalkan konsert kumpulan Coldplay yang akan diadakan pada minggu depan di Malaysia demi menghormati kesedihan saudara di Palestin.


1114172

Pengerusi organisasi itu, Datuk Zamri Hashim berkata bahawa penganjuran konsert itu dilihat tak sensitif dengan krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.

Artikel berkaitan: Artis Korea Selatan Batal Konsert Di Malaysia Lepas Dikecam Netizen Gara-gara ‘Like’ Status Sokong Israel?

Artikel berkaitan: “Untung orang Singapura” – Peminat Malaysia Cemburu Negara Jiran Dapat 6 Konsert Coldplay, Taylor Swift

Tambahnya lagi, konsert itu dikira amat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam dengan peperangan yang meragut ribuan nyawa di Palestin. Katanya lagi, kegagalan pembatalan konsert ini akan menjadi dosa yang akan dipersoal nanti.

“MUIS meminta agar semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert ini dan MUIS mengingatkan bahawa kelalaian mereka terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak.”

Bukan itu saja, dia turut menggalakkan semua pihak khususnya umat Islam untuk menjalankan tanggungjawab membantu saudara seagama di Palestin dalam apa jua bentuk seperti doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan buat negara itu kepada seluruh masyarakat.

Akan tetapi, ramai netizen bercanggah pendapat agar konsert Coldplay yang terang-terangan menyokong Palestin itu tetap dijalankan di Malaysia.

Dog 1

Hmm, apa pendapat korang?

Sumber: X, Sinar Harian

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.