Ada tak di antara korang yang minat makanan laut seperti oyster ataupun dalam Bahasa Melayunya tiram?
Bagi yang pertama kali makan oyster, korang mesti tak dapat nak bezakan yang mana tiram fresh ataupun yang dah lama kan?
Tular makan oyster di food court murah tapi…
Baru-baru ini, agak tular di aplikasi TikTok, trend terbaru netizen masa kini dengan mencuba makan oyster di beberapa gerai atau restoran dengan harga yang agak murah dan berbaloi.
Salah satu video yang tular ialah berkenaan seorang influencer cuba merasa oyster di sebuah gerai dekat sebuah food court dan video berkenaan tular hingga mendapat lebih 300,000 likes.
Menerusi video itu, harga bagi sebuah tiram berkenaan boleh dikatakan agak murah kerana hanya bernilai RM6 dengan saiz anggaran sebesar muka.
“Tak semua benda viral sedap dan tolong tengok warna oyster”
Walau bagaimanapun, video berkenaan mendapat feedback tidak memuaskan apabila seorang netizen yang telah pergi ke kedai berkenaan mendakwa mengalami food poisoning selepas memakan tiram tersebut.
Menurutnya, dia mengalami muntah-muntah pada malam selepas makan dan baru tersedar bahawa tiram tersebut sebenarnya tidak segar.
Oyster RM6 memang murah. Tapi tak berbaloi dengan sakit yang kau dapat,” katanya.
Menerusi ruang komen ada juga yang mengakui mereka mengalami pengalaman yang sama dan sakit perut gara-gara makan oyster.
Kalau nak makan oyster pastikan tengok warna
Dalam pada itu, ramai di kalangan netizen mengingatkan untuk melihat warna tiram sebelum memakan atau memesan kerana warna tiram yang kelihatan gelap atau hitam tandanya ia tidak lagi fresh dan tidak sesuai untuk dimakan.
Apa-apapun sebelum nak cuba makanan yang viral ni, kita periksa dulu okay ke tak atau sesuai ke dengan tekak kita. Risau kalau jadi food poisoning ni. Pun begitu, korang janganlah salahkan influencer tu pulak, dia cuma cuba je. Maybe dia pun tak tahu macam mana rupanya oyster yang fresh dan tak kan?