in

“Sampai tergolek” – [VIDEO] Akibat ‘Food Poisoning’, Ramai Sebak Tengok Beregu Campuran Malaysia di Terbuka Indonesia

Page Badminton New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan sukan badminton merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat selepas bola sepak dan setiap perlawanan pasukan negara akan meriah disaksikan oleh rakyat Malaysia untuk sama-sama berikan sokongan.


Baru-baru ini kecoh tentang statement dari setiausaha Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Fadil Imran berkenaan dengan kes keracunan makanan pada Indonesia Masters 2022 apabila mengatakan atlet-atlet keluar makan di luar dan tak makan makanan yang telah disediakan.

“Aku yang menangis ni dah kenapa?”

Semalam, telah berlangsungnya Kejohanan Terbuka Indonesia 2022 yang mana pusingan ke-16 melibatkan pasukan beregu campuran negara iaitu Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie menentang pasukan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Menurut BWF, Malaysia berjaya menang ke atas Thailand dengan mata 21-18, 7-21, 22-20. Namun apa yang mencuri tumpuan adalah perlawanan itu disifatkan perlawanan yang beremosi kerana keadaan atlet negara masih lagi belum baik sepenuhnya.

Ini kerana, Goh Soon Huat dilihatkan menahan sakit yang dialami sehingga meminta izin untuk muntah di tepi gelanggang badminton selain dari bergolek selepas melakukan serangan kepada pihak lawan.

Badminton Latest

“Sehari selepas dia muntah dan mengalami cirit-birit, dia masih menggigil dan demam, dan kemudian menggigil. Dia pulih selama satu atau dua hari dan kemudian kembali semula.” – ujar Lai Shevon Jemie

Pada mata terakhir, kedua-dua atlet ini dilihatkan terbaring sebaik saja bulu tangkis yang dipukul selamat mendarat di gelanggang pihak lawan sekaligus menamatkan perlawanan rubber set mereka.

Tahniah diucapkan untuk Soon Huat dan juga Shevon Jemie sebab dah buat yang terbaik… Get well soon okay!

Baca: Tidak Mohon Maaf, Kenyataan PBSI Isu Keracunan Makanan Atlet M’sia & Thai Undang Kecaman

Untitled 2 9

Sumber: BWF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.