in

“Tak fikir secara rasional” – Cerai Lepas 3 Bulan Kahwin, Bekas Suami Dedah Sikap Mak Wan Latah

Ft Mak Wan Latah Bekas Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan antara pelakon veteran Mak Wan bersama Husain Dolah nampaknya sudah terputus setelah 3 bulan mereka membuat ikatan perkahwinan.

Bagi Husain, 74, ia merupakan satu episod hitam dalam hidupnya akibat tekanan Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sampai hilang rasa hormat kepada suami.


 

Tertekan sepanjang tempoh perkahwinan

Mak Wan Latah

Menerusi mStar Online, Husain menjelaskan bahawa dirinya sudah banyak bersabar dan kini dia begitu lega selepas perkahwinan mereka berakhir.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan.”

“Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berkahir di mahkamah. Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati.”

Husain juga mendakwa bahawa Mak Wan ini tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik. Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Sumber melaporkan bahawa Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud telah diceraiakan suaminya dengan talak satu.

Lafaz cerai dibuat Husain terhadap pelakon veteran itu ketika berada di dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin, jam 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.”

“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya.”

Dia fitnah saya – Anak tunggal

Zaiton, anak tunggal Husain pula menyifatkan perpisahan mereka ini adalah jalan terbaik untuk bapanya. Dia kesal dengan kelakuan Mak Wan dan mendakwa pelakon itu tidak hormat ayahnya sepanjang tempoh perkahwinan.

Mak Wan Latah 2

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.”

“Pasa usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini. Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia.”

Mak Wan Latah 3

Zaiton sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang diaktakan telah memfitnah mereka berdua.

“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya dan berbaur ugutan, dia fitnah saya dan ayah. Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan.”

Baca : Tular Gambar Wanita Pegang Duit RM10K, Anak Perjelas Sebab Beri Duit KWSP Pada Emak

Kwsp Wang Beri Pada Ibu

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.