in

“Tak dapat tandingi nyawa arwah”- Terima Pampasan RM1.5 Juta, Keluarga Adib Bimbang Dituduh Mata Duitan

Keluarga Adib Terima 1.5 Juta Wang Pampasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun sudah beberapa tahun berlaku, kes melibatkan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim masih belum menemui noktahnya hingga ke hari ini.

Menurut Kosmo, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata semalam, kerajaan telah memutuskan untuk membayar pampasan sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga mangsa ekoran apa yang berlaku.


Lead 2 3

 

“Semua akan menuduh kami mata duitan” 

Susulan penerimaan wang pampasan tersebut, bapa mangsa, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 66, meminta agar orang ramai tidak menuduh mereka sebagai mata duitan kerana menerima wang berkenaan.

Katanya lagi, tiada sejumlah wang pun di dunia ini yang mampu merawat rasa kehilangan mereka terhadap Adib walaupun sudah hampir 4 tahun tragedi ini berlaku.

14A3A8223Ac24Ac454E45348329D2E86

Tiada timbang antara rasa kehilangan di hati kami sejak kematian arwah dengan wang RM1.5 juta ini. Malah, tiada nilai yang dapat menandingi nyawa arwah dan keadilan untuk kematian, pengorbanannya.

“Kami tahu apabila perkara ini tersebar (tentang pampasan ini), semua akan menuduh kami mata duitan kerana menerimanya.

“Namun, jauh di sudut hati, kami sentiasa berharap kematian Muhammad Adib akan ter­bela,” kata Mohd. Kassim.

 

Keluarga ada alasan kenapa terima wang pampasan 

Menurut bapa mangsa lagi, keluarga mereka mempunyai alasan tertentu dalam membuat keputusan menerima wang tersebut yang ditawarkan pada November tahun lepas.

“Kami ada alasan kenapa menerima wang pampasan ini. Kira-kira setahun selepas kejadian kami sudah bercadang de­ngan peguam untuk menyaman kerajaan apabila melihat kes ini seolah-olah tiada kesudahan, kematian arwah seolah-olah tiada pembelaan.

“Kalau tindakan saman diambil, kami percaya kes akan berpihak kepada kami. Namun, tahun lepas, ada menteri bertemu saya dan berbincang tentang tawaran pampasan ini. Kami setuju untuk terima dan menarik balik semua cadangan tuntutan sama untuk membela kematian arwah,” jelasnya.

Lead2 1536X1024 1

Mohd. Kassim juga pada masa yang sama meluahkan rasa ralat kerana khuatir ia menjadi bualan ramai pihak walaupun sebaliknya dipersetujui agar mereka tak mengheboh perkara ini.

Mungkin ada yang cakap wang pampasan ini untuk menutup mulut kami daripada terus bersuara tetapi hakikatnya, kami akan terus berdoa agar kematian arwah akan diadili dengan baik. Itu doa kami tidak putus-putus,” katanya.

Bapa Adib juga memberitahu yang mereka tidak berhasrat untuk membelanjakan wang berkenaan sesuka hati, sebaliknya bercadang untuk mengadakan infaq dan sedekah atas nama arwah.

Semoga keluarga arwah terus tabah hadapi dugaan ini. Endahkanlah kata-kata nista orang sekeliling. 

Baca: PM Umum Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Muhammad Adib

Pm Adib

Sumber: Kosmo
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.