in

Tak Dapat Lawat Sebab COVID-19, Petani Himpun Biri-Biri Berbentuk Hati Sebagai ‘Tribute’ Untuk Mendiang Makcik

Sheep

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda ia akan pergi dalam masa terdekat, banyak perkara yang biasa kita lakukan dulu sudah tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Walaupun mungkin ada yang menganggap SOP ni menyusahkan, tapi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan demi kesejahteraan diri dan orang lain.

Di Australia, seorang petani tidak dapat memberikan penghormatan terakhir untuk makcik tersayang susulan penguatkuasaan SOP pandemik di negara itu yang tak membenarkan perjalanan rentas negeri dilakukan. Disebabkan itu, petani itu telah menggunakan cara kreatif menggunakan biri-biri sebagai tribute untuk insan tersayangnya itu.

Ben Jackson E1630120466656

Memetik The Washington Post, Ben Jackson kehilangan makciknya, Debra Cowdery, 63, selepas wanita itu meninggal dunia akibat penyakit kanser. Difahamkan, mendiang Cowdery tinggal di Brisbane, Queensland. Manakala, Jackson pula berada di New South Wales, 400 kilometer dari Queensland ketika Cowdery menhembuskan nafasnya yang terakhir.

Kata Jackson, sebaik menyedari dirinya tidak boleh melawat Cowdery buat kali terakhir untuk memberikan penghormatan terakhir membuat dirinya rasa begitu terkilan dan sangat sedih.

“Makcik saya ialah seorang yang sangat baik. Dia tak pernah lupa hari jadi sesiapa dan melayan saya dan adik-beradik lain dengan sangat baik,” katanya.

Untuk pengetahuan, Jackson yang bekerja sebagai petani biri-biri sebelum ini pernah membuat seni dengan menggunakan haiwan ternakannya. Dia ada berkongsikan seninya itu di laman sosial Instagram miliknya. Namun, lelaki terbabit berhenti melakukannya selepas sudah dua kali sehari melakukannya dalam masa beberapa bulan.

Pun begitu, pemergian makcik kesayangannya membuatkan lelaki itu kembali semula melakukan hasil seni terbabit.

Image E1630120494546

Menerusi satu rakaman video yang kini tular, dapat dilihat ratusan biri-biri membentuk hati di sebuah padang hijau yang luas. Penghargaan yang dilakukan Jackson itu turut mendapat perhatian keluarga dan rakan-rakan makciknya. Rata-rata mereka menghargai usaha yang dilakukan lelaki terbabit.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

Sumber: The Washington Post

Baca: “Mataku terus menatap wajahmu” – Bait-bait Lirik Lagu Peach Nyanyian IU, Tribute Buat Sulli Tahun 2012 Kembali Hit Dalam Carta

Sulliiu3 E1630119623214

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.