in

“Tak dapat hubungi kedutaan” – 200 Rakyat Malaysia di Pelantar Minyak Laut Andaman Terkandas Lepas Tragedi Rampasan Kuasa Myanmar

Pelantar Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, negara Myanmar kini sedang mengalami krisis politik di mana satu rampasan kuasa telah berlaku di negara tersebut pada minggu lepas.


Susulan daripada kejadian tersebut, 200 rakyat Malaysia yang bertugas di pelantar minyak Petronas di Laut Andaman dipercayai terkandas semenjak tragedi rampasan kuasa berlaku, lapor Astro AWANI.

 

Terputus hubungan dengan daratan & bekalan makanan hampir habis 

Kesemua pekerja berkenaan kini dilaporkan terputus hubungan dengan daratan dan sedang mengalami masalah kehabisan bekalan makanan.

Lebih menyedihkan, salah seorang pekerja juga mendakwa mereka tidak mendapat sebarang maklumat daripada Kedutaan Malaysia di Yangon ataupun majikan mereka.

71612685476 Pelantarminyak

Ada kawan-kawan yang sudah dihantar ke darat, tetapi tidak ada khabar berita daripada mereka.

“Kami juga tidak dapat hubungi kedutaan,” katanya, memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia.

Kebiasaannya, penggantian petugas di pelantar akan dilakukan setiap 40 hari, namun disebabkan rampasan kuasa oleh junta tentera di negara itu, mereka terpaksa dikekalkan kerana masalah visa dan COVID 19.

964899

Dalam pada itu, perkhidmatan helikopter yang digunakan sebagai pengangkutan utama pekerja pelantar minyak juga terhenti kerana didakwa kini dikawal oleh junta tentera.

Bekalan makanan dan bahan api bagi pelantar minyak itu juga difahamkan hanya boleh bertahan sehingga 11 Februari ini sahaja.

 

Petronas pastikan keselamatan pekerja pelantar minyak 

Petronas dalam satu kenyataan rasminya berkata, mereka sedang meningkatkan usaha bagi memastikan 155 pekerja kontraktor di pelantar minyak Yetagun yang terletak di perairan Myanmar dalam keadaan baik.

Syarikat itu juga bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Myanmar, Wisma Putra dan semua pihak berkuasa yang berkaitan dalam menguruskan perkara itu.

Petronas01 Nstfield Image Socialmedia.var 1609473770

“Kumpulan akan terus mengawasi kesejahteraan pekerja yang terbabit serta memastikan bekalan barang keperluan terus mencukupi termasuk makanan, air minuman dan bahan api.

“Sementara itu, 36 pekerja lain di bawah syarikat kontraktor yang dilantik serta dua kakitangan PETRONAS sudah dibawa ke hotel berdekatan dengan selamat dan menjalani kuarantin COVID-19.

“Keselamatan dan kesejahteraan mereka serta keluarga adalah keutamaan kami,” katanya.

Marilah kita doakan keselamatan mereka di sana. Risau juga kalau bekerja di negara yang bergolak ni. 

Baca: Tentera Myanmar Umum 1 Tahun Darurat Lepas Tangkap Ketua Kerajaan Aung San Suu Kyi, Ini Faktanya…

Suukyi

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Sinar Harian
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.