Macam yang korang tahu, sejak PKP dijalankan, ramai yang mengalami masalah kewangan kerana tak boleh keluar bekerja. Kerana ini, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi sedikit sebanyak membantu orang-orang yang terjejas gara-gara Covid-19.
Untuk yang dah apply awal, dorang dah pun dapat pembayaran pertama dorang haritu dan tertanya-tanya bila pembayaran kedua akan diberikan.
Menurut dokumen di website BPN, pembayaran kedua akan dikeluarkan mengikut kategori seperti gambar di bawah ni:
Tapi, untuk orang yang terlambat apply haritu sebab susah sangat nak masuk laman web BPN haritu, jangan risau! Korang masih ada dalam list tapi pembayaran je lambat sikit. So, korang boleh tengok duit masuk dalam akaun bank korang dari 15 Mei hingga 20 Mei 2020.
Pun begitu, ada juga orang yang layak dapat tapi bantuan tak diterima, ini mungkin disebabkan oleh sebab-sebab ni:
- Tak ada nombor akaun bank
- Tak kemaskini perincian akaun bank
- Proses memasukkan duit ke dalam akaun gagal
Untuk masalah ini, korang boleh pergi ke BSN yang terdekat bermula 15 Mei ni dan tunjukkan nombor siri BPN untuk dapatkan wang tunai.
Tapi jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan pakai topeng muka pulak!
Baca: “Tak bagi mengamuk, dah dapat buat hal” – Lelaki Ditahan Guna Duit BPN Untuk Beli Dadah Harga RM540