Buat sesetengah orang, ditahan di wad hospital merupakan suatu perkara yang paling ditakuti dan tidak diingini. Siapa je suka duduk hospital kan?
Namun, kali ini admin nak kongsikan kisah sedih apabila seorang kanak-kanak lelaki yang masih bersekolah rendah terpaksa dibawa ke hospital seorang diri tanpa ditemani oleh ibu bapanya kerana telah disahkan positif Covid-19. Kesiannya weh, mesti dia takut sorang-sorang.
Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Eycaaa, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans yang telah datang ke rumahnya.
kau imagine apa perasaan mak bapak dia bila anak sekolah rendah positif covid, ambulans dtg ambik, dia sorang je dkt hosp parents takleh teman ???? pic.twitter.com/ybEcYBgHTx
— eycaa ? (@kakakjongin_) March 24, 2020
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir Amsyar itu dikatakan telah dijangkiti virus berbahaya tersebut apabila dia mengikuti ayahnya ke kursus pengurusan jenazah.
Rupanya, ada seorang peserta merupakan jemaah ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini. Setelah itu, kanak-kanak terbabit dan ayahnya telah menjalani ujian saringan virus korona.
Yang paling menyedihkan, hanya dia seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.
Rata-rata netizen mendoakan agar adik ini diberikan kekuatan untuk melawan virus itu dan kembali sihat seperti biasa.
Admin doakan semoga adik ni sentiasa kuat semangat dan cepat sembuh supaya dia boleh kembali semula ke pangkuan keluarganya.
Baca: Tidak Dapat Urus Jenazah Ayah Kerana Covid-19, Gadis Ini Luah Rasa Sedih Hanya Mampu Lihat Dari Jauh