Sebagai seorang bapa, sesukar mana pun kehidupan ini pasti mereka tetap akan mendahulukan kepentingan keluarga berbanding diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak-anak.
Namun, kadang-kala permintaan anak-anak itu tidak mampu ditunaikan kerana kekangan kewangan. Jadi, terpaksalah si bapa mencari jalan lain untuk menggembirakan hati si anak.
Seorang lelaki dari Singapura ada berkongsikan kisah lucu dia dalam menunaikan permintaan anak lelakinya.
https://www.facebook.com/beego/posts/10159196839468588
Radee Ibrahim ada memuat naik satu hantaran di Facebook berkenaan kisah dia membawa anaknya ke pasar basah sebagai ganti ke ‘Sentosa Aquarium’ di Pulau Sentosa.
Menurut Radee, anaknya ada meluahkan hasrat untuk melawat ‘Sentosa Aquarium’. Namun atas fakor kewangan, dia tidak mampu untuk menunaikan permintaan itu.
Sebagai ganti, dia membawa anaknya ke pasar basah yang penuh dengan ikan segar. Untuk tidak mengecewakan anaknya, Radee memberitahu ikan-ikan tersebut sebenarnya sedang tidur. Comel betul!
Hantaran ini tular di Facebook dan ketika artikel ini ditulis, kisah Radee telah mendapat 17,000 perkongsian dan 1,300 komen.
Rata-rata netizen pula memuji sikap Radee yang masih mahu menggembirakan anaknya meskipun mengalami masalah kewangan pada ketika itu.
Siapa pernah buat macam ni dekat anak sendiri? Cuba share dekat ruangan komen!
Kredit: Radee Ibrahim
BACA: Lelaki Ini Upah Pekerja Untuk Bersihkan Kolam, Tapi Lain Pula Yang ‘Bersih’