in

“Tak boleh move on” – 5 Hero & Heroin Drama & Filem Yang Buat Ramai Penonton Cair

collage 20

Dalam dunia hiburan, ada beberapa pasangan pelakon yang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dari lakonan mereka sehingga buat ramai penonton yang tak boleh move on!

Untuk mendapatkan chemistry sebagai pasangan di dalam drama bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi ada beberapa pasangan pelakon yang berjaya menampilkan chemistry yang sangat kuat sehingga lakonan mereka dirasakan sangat menjadi dan tak boleh dilupakan. Jom kita tengok lima pasangan pelakon yang berjaya buat ramai cair!

1. Hyun Bin & Son Ye Jin dalam Crash Landing on You

768aa2e6 643e 11ea 8e9f 2d196083a37c image hires 171957

Pasangan ini bukan sahaja mencipta fenomena dalam dunia drama Korea tetapi juga dalam kehidupan sebenar tau! Chemistry di antara Hyun Bin yang membawa watak sebagai Kapten Ri Jeong-hyeok dan Son Ye Jin sebagai Yoon Se-ri telah membuatkan ramai percaya dengan kisah cinta dorang. Keintiman yang terpancar dari setiap babak telah membawa penonton untuk menghayati kisah cinta yang penuh emosi dan aksi.

Hyun Bin dan Son Ye Jin telah pun berkahwin pada tahun 2022 yang lalu dan terus menjadi salah satu couple goals kegemaran ramai!

2. Ryan Gosling & Rachel McAdams dalam The Notebook

e0d9c309 2413 40a5 b66f 5b8c5ea018c6 NOTEBOOK.JPG

Ini adalah salah satu pasangan paling ikonik dan diingati ramai. Mana tidaknya, Ryan Gosling dan Rachel McAdams berjaya menghidupkan kisah cinta di antara Noah dan Allie yang penuh emosi dalam The Notebook. Adegan hujan ikonik dorang? Sampai sekarang masih ramai yang ingat.

Kalau korang nak tahu, kerana chemistry dorang yang sangat kuat ketika di set penggambaran, Ryan dan Rachel sempat bercinta di luar skrin selepas tamat penggambaran filem ni tau!

3. Kit Harington & Rose Leslie dalam Game of Thrones

kit harington engaged rose leslie game of thrones costar 1506614389

Dari set penggambaran ke dunia nyata. Kit Harington dan Rose Leslie telah membuktikan bahawa chemistry mereka sebagai Jon Snow dan Ygritte bukan hanya sekadar lakonan. Kalau korang peminat GoT korang mesti ingat dialog “You know nothing, Jon Snow”.

Lebih menarik lagi, Kit dan Rose telah meneruskan hubungan percintaan mereka di luar skrin dan kini telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

4. Zendaya & Tom Holland dalam Spider-Man: Homecoming

spider man 7

Dari Marvel Universe ke dunia realiti, Zendaya dan Tom Holland telah mencuri hati ramai peminat dengan lakonan mereka sebagai MJ dan Peter Parker. Chemistry dorang memang terasa sangat natural ditambah pula dengan aksi-aksi comel yang sering berlaku di luar set penggambaran.

Malah baru-baru ini, pasangan kesayangan ramai ini telah pun mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin tak lama lagi!

5. Ling Ling Kwong & Mac Weerakaniz dalam Makkali The Love Tree

0o4vE 3m

Pasangan pelakon dari Thailand ini telah menarik perhatian ramai selepas mereka berjaya mencipta chemistry yang luar biasa dalam drama Makkali The Love Tree. Ling Ling Kwong sebagai Makkali dan Mac Weerakaniz sebagai Tankun telah membawa kisah cinta penuh magis di antara makhluk mitos dan manusia. Interaksi mereka di skrin terasa sangat real, sehingga ramai peminat terbuai dengan kisah percintaan yang unik ini.

Tapi, bukan hanya lakonan Ling Ling yang berjaya mencuri perhatian orang ramai. Pelakon Thai yang semakin meningkat naik di kalangan peminat Thailand dan luar negara ini juga baru-baru ini telah mendapat perhatian di Malaysia selepas menjadi ‘wajah’ terbaru Eucerin!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eucerin Malaysia (@eucerin_my)

Rahsia kulit glowing Ling Ling Kwong – Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence

Ramai yang tertanya-tanya macam mana Ling Ling Kwong boleh kekalkan kulit yang cerah, sekata dan berseri? Jawapannya ada pada Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence, yang diformulasikan khas untuk membantu mencerahkan kulit.

Snapins.ai 486521867 1041858824658857 65399139299852777 n 1080

Keistimewaan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence

Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence telah direka untuk menjadi langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit bagi memaksimumkan penyerapan produk seterusnya. Dengan formulasi baru yang telah dipertingkatkan, ia bukan sekadar essence biasa tapi juga berfungsi sebagai booster untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri.

  • Mengandungi Thiamidol – Bahan aktif ini terbukti secara klinikal dapat menghalang pembentukan melanin berlebihan, menjadikan kulit lebih cerah dan sekata. Ia mula berfungsi dalam hanya 10 minit selepas penggunaan.
  • Panthenol – Membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit dan mengekalkan kelembapan agar kulit kekal sihat dan tahan lasak terhadap kerengsaan.
  • Carnitine – Berfungsi mengecilkan pori dan memperbaiki tekstur kulit supaya kelihatan lebih halus dan licin.
  • Hyaluronic Acid untuk hidrasi maksimum – Menyediakan kelembapan yang menyerap jauh ke dalam kulit bagi menghasilkan efek kulit yang lebih licin, lembut, dan glowing.
  • Tekstur ringan dan cepat menyerap – Tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia membantu kulit lebih bersedia untuk menerima manfaat penuh daripada produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepasnya.
  • Membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata – Jika kulit tampak kusam atau mempunyai bekas jerawat, essence ini boleh membantu mencerahkan secara beransur-ansur dengan pemakaian konsisten.

Cara penggunaan untuk kulit glowing seperti Ling Ling Kwong

Snapins.ai 482370713 1351924819488241 5057872351721369670 n 1080

Untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan berseri, gunakan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence dalam rutin penjagaan kulit harian korang dengan mengikut langkah ini:

  1. Mulakan dengan mencuci muka menggunakan pencuci yang lembut bagi memastikan kulit bersih daripada kotoran dan minyak berlebihan.
  2. Sapukan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence pada wajah dan leher kemudian tepuk perlahan bagi membantu penyerapan ke dalam kulit.
  3. Kemudian gunakan serum dan pelembap yang sesuai untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan dilindungi.
  4. Gunakan essence ini setiap pagi dan malam secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan berkesan.

Bukan sahaja chemistry antara hero dan heroin penting dalam drama, tetapi gabungan bahan dalam produk skincare juga memainkan peranan besar dalam menghasilkan kulit yang glowing!

Kalau korang nak kulit yang flawless dan berseri macam Ling Ling Kwong, Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence adalah pilihan terbaik untuk rutin harian. Bila lagi nak nampak macam selebriti?!