in

“Tak boleh imagine kalau aku kt tempat dia” – Ibu & 6 Anak Tinggal Dalam Kereta Lepas Dihalau & Diceraikan Suami

Ibu3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan bagi seorang ibu berumur 30 tahun ini apabila dirinya diuji dengan sikap lepas tangan suami dan hilang tempat berteduh sehinggakan terpaksa tinggal berhimpit didalam kereta bersama 6 orang anaknya.


Dia diusir oleh pemilik rumah kerana sewa tertunggak, tak mampu bayar sebab diberhentikan oleh majikan pada Mac 2020 lepas akibat PKP.

 

Dalam proses cerai, hilang kerja, hilang tempat tinggal

Ebklqv3Uyaavxz

Lebih menyayat hati lagi, dia kini dalam proses penceraian kerana suaminya dah lebih 4 bulan tidak pulang kerumah.

Ebklvwsucaaouca Ebklvxgu4Aipezf

Malah, begitu sebak sekali apabila si ibu ini terpaksa tinggal di dalam kereta bersama-sama dengan anaknya yang berumur 14, 10, 8, 3, 2 tahun dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor.

Ebklqv4U4Aa5Ov

Bagaimanapun, mujurlah Zakat Selangor turun padang dan menghulurkan wang sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.

Hasil bancian mendapati, si ibu ini layak didaftarkan sebagai asnaf fakir. Malah, antara bantuan lain yang akan disalurkan oleh Lembaga Zakat adalah

  • Deposit dan sewa bulanan rumah
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Makanan Bulanan
  • Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)

Si ibu ini sekarang duduk di hotel buat sementara waktu. Semua penginapan dan makanan ditanggung sepenuhnya.

Ramai netizen sebak melihat nasib mereka sekeluarga, ada yang bengang dengan suaminya dan ada juga yang ingin cuba salurkan bantuan.

 

Tak boleh bayangkan kalau aku kat tempat dia – Netizen

Ibu Ibu2

Difahamkan, hari ini pegawai zakat sedang mencari rumah sewa yang sesuai. Kalau tiada sebarang masalah, mereka dah boleh masuk ke rumah sewa terus. Alhamdulillah!

 

Baca : “Apasal aku yang berair mata ni?” – [VIDEO] Ramai Tersentuh Dengan Video Kanak-kanak Lelaki Menangis Sebab Risau Keadaan Ibu Lepas Lahirkan Adik Baru

Ibuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.