in

“Tak bermanfaat kepada agama” – PU Syed ‘Sound’ Netizen Bangga Michelle Yeoh Menang Oscar?

Ft Pu Syed Sound Michelle Yeoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui tentang pencapaian pelakon Tan Sri Michelle Yeoh yang telah berjaya membawa pulang trofi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di dalam filem Everything, Everywhere All At Once.


Kemenangan anak kelahiran Ipoh, Perak itu sekali gus telah menjadikan beliau sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Oscar dalam tempoh hampir 90 tahun.

“Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?” – PU Syed

Walaubagaimanapun, pendakwah bebas, PU Syed telah tampil untuk mempertikaikan sikap mereka yang berbangga dengan pencapaian aktres Michelle Yeoh yang telah memenangi Oscar, semalam.

“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?”

“Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanafaat kepada urusan agama. Biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yang beriman!” tulisnya.

Menurut PU Syed, orang ramai tidak sepatutnya berbangga dengan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada urusan agama Islam.

X 2 620X403 1

Hantaran status yang dimuat naik oleh pendakwah tersebut kemudiannya telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen di serata media sosial.

Ada segelintir yang menyokong kenyataan PU Syed itu dengan alasan filem yang terlibat itu membawa unsur dan urusan LGBT kepada penonton sekali gus bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Namun, rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian Michelle Yeoh yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

“LOL bitter betul” – Netizen

Screenshot 2023 03 14 171443

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan kenyataan yang dimuat naik oleh pendakwah bebas tersebut.

Ada yang memberitahu bahawa sebagai negara yang hidup berbilang bangsa dan agama, sepatutnya kejayaan yang membanggakan negara harus diraikan.

Hmmmmm apa pendapat korang??

Baca : Ramai Kecam PMX Ucap Tahniah Pada Michelle Yeoh, Sampai Samakan Dengan Filem Mentega Terbang?

Collage 27 728X383 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.