in

Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Aset Milik Datuk Vida Termasuk 4 Buah Kereta Mewah Bakal Dilelong

Kereta Barang Mewah Datuk Vida Dilelong Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara gagal selesaikan hutang, beberapa aset milik usahawan popular Datuk Seri Vida di kediamannya yang terletak di Ipoh, Perak terpaksa disita dan dilelong.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.


Menurut laporan, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekitar jam 9 pagi tadi di banglo usahawan terbabit.

Artikel berkaitan: “Dream house Cik B”- Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona

Artikel berkaitan: “Saya baru pulang oversea” – DSV Tak Tahu KPDN Sita Produk ‘Salted Egg Salmon Skin’

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

16Vida5.Transformed

Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabat usahawan tersebut, Vida All Star Studio di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.

Barang-barang yang disita dan dilelong pada 9 Disember depan merupakan keseluruhan barangan milik Vida berserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Menurut peguam plaintif, Samir Zainal, proses barangan yang disita akan dihentikan sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu.

Wakil syarikat, Mohammmad Taufik memaklumkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan itu bagi menuntut semula bayaran kerana wanita itu tidak memberi kerjasama selepas tuntutan dibuat sejak 2018.

Difahamkan, Vida tidak berada di kediamannya dan dipercayai berada di China sewaktu pihak berkenaan hadir untuk menyita barangan dalam banglonya.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.