in

“Tak bagi upah, dia yang nak tolong…” – Pelajar Lain Tengah ‘Enjoy’ Rehat Tapi Dia ‘Volunteer’ Bantu Makcik Kantin

Tolong Makcik Kantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu sekolah dulu selain excited dengan kelas subjek favorite, kita juga akan rasa tak sabar nak tunggu waktu rehat setiap hari, betul tak? Yela, seronok sebab masa tulah dapat sembang, gosip itu ini dengan kawan-kawan dari kelas lain.


Tapi lain sikit bagi seorang pelajar Cina dari SMK Seri Bintang Utara ni. Menurut seorang lelaki bernama Redzwan yang juga merupakan tutor dan penceramah matematik, dia telah ke sekolah tersebut baru-baru ini dan berkongsi pengalamannya di Facebook.

Katanya, ketika waktu rehat dia terpesona tengok pelajar bernama Hau ini yang tidak seperti pelajar lain. Hau menghabiskan waktu rehat dia untuk sesuatu yang bermanfaat.

Hau2
sumber: facebook

Ketika waktu rehat, Hau akan tolong makcik kantin untuk jual roll dan ayam gunting. Katanya untuk praktis ilmu niaga memandangkan bapa dia juga seorang peniaga. Bukan tu je, dia buat macam tu tanpa meminta upah dan menurut makcik kantin sekolah tu, Hau sendiri yang volunteer.

Redzwan juga sempat berkongsi perbualan pendek dia dengan makcik kantin tu semasa dia bertanya pasal Hau.

Redzwan: Budak ni kerja part time dengan akak ke?

Makcik kantin: Tak la, dia volunteer.

Redzwan: Akak bagi dia upah ke?

Makcik kantin: Tak la dia yang nak tolong. Bapak dia kerja berniaga juga. Nanti kalau dia nak makan apa dia ambil sajalah.

Hau1
sumber: facebook

Kata Redzwan dia tersenyum melihat apa yang dilakukan Hau kerana membantu makcik kantin meskipun berlainan bangsa. Bukan tu je, Hau juga peka dengan soal pengendalian makanan dan kebersihan sebab tu dia pakai sarung tangan.

Redzwan juga cakap Hau nampak tenang bungkus makanan dipesan meskipun ramai pelajar beratur panjang dan paling penting katanya tak ramai pelajar macam ni dekat Malaysia, yang ada sikap positif. Apa yang dilakukan Hau ni akan mendatangkan kebaikan untuk dia di masa akan datang which is pandai urus masa, ada kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga.

Bagus Hau, moga pelajar lain dapat contohi sikap positif dia…

Baca: “Memang rasa nak marah!” – Adik Kena Panggil Dengan Guru Sekolah, Ingatkan Buat Masalah Rupa-rupanya…

Derma Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.