in

“Tak ada sebelum dan selepas kejadiannya” – Terpalit Isu Tengking Staf, Betty Rahmad Cerita Situasi Sebenar

Ft Betty Rahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkenaan dengan isu yang sedang terpalit ke atas dirinya yang dikatakan telah menengking staf di sebuah festival raya di Singapura, tuan empunya badan iaitu pelakon dan usahawan, Betty Rahmad akhirnya buka mulut.

Tegas Betty, insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti mana yang digambarkan oleh individu yang membuat dakwaan tersebut.


Artikel berkaitan: “Customer semua nampak” – Peniaga Singapura Dakwa Betty Rahmad Kurang Ajar, Jerit Dekat Staff

Artikel berkaitan: “Laju je buat andaian” – Tular Video Jeling Ruhainies, Betty Rahmad Selar Kenyataan Netizen

“Saya bercakap dengan kawan saya kalau nak sesuatu, tak boleh expect duduk situ dan orang datang dekat dia.”

“Jadi saya ajar kawan saya untuk cakap ‘I want this’ kalau nak minta sesuatu. Saya percaya korang ada kawan jenis macam ni.”

Screenshot 2026 03 02 173808

Dalam satu sesi live di TikTok miliknya, Betty turut menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh individu yang bernama Alif itu tidak berasas kerana tidak menceritakan keseluruhan kejadian di lokasi.

“Dalam video yang owner itu buat, sangat tak berasas, menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Ia berbeza dengan cerita yang saya kongsi sekarang.”

“Orang itu hanya cerita yang pergi dan cakap ‘I want this!’, sampai situ saja. Tak ada cerita sebelum dan selepas kejadian.”

Screenshot 2026 03 02 173714

Oleh itu, Betty memohon maaf jika salah faham yang berlaku telah membuatkan mana-mana pihak rasa tersinggung.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.