in

“Tak ada rumah dah” – Mangsa Banjir Terengganu Rayu Kerajaan Buka Penempatan Baru

Banjir Terengganu 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir semua 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Kampung La, Besut yang terjejas gara-gara bencana tersebut masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah yang dihuni sejak berpuluh tahun dahulu musnah sepenuhnya akibat banjir baru-baru ini.


Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Ramlan Ros Wahid, kesemua mangsa ini mungkin terpaksa berteduh di PPS Masjid Kampung untuk jangka masa yang lama sementara menunggu bantuan susulan daripada pihak berkaitan.

Berdasarkan maklumat pihaknya, 11 buah rumah musnah 100% dalam kejadian tersebut selepas dihanyutkan air banjir yang deras, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan perlu dibaiki sebelum boleh diduduki.

Kampung La Besut Bernama 281222 1

Pun begitu, tempoh keberadaan mangsa-mangsa terbabit di PPS tersebut tidak diketahui kerana ia bergantung kepada bantuan yang akan diterima kerana kesemuanya sudah tidak mempunyai rumah untuk pulang.

Bagaimanapun, menurut Ramlan, semua keperluan mangsa banjir seperti barangan dan makanan di PPS tersebut mencukupi selain diuruskan dengan baik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut laporan, penduduk kawasan terbabit berharap kerajaan membuka kawasan penempatan baharu yang lebih selamat susulan kawasan sekarang berdepan musibah banjir setiap tahun.

Rumase

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung La, Abdul Razak Laboh berkata, mereka tidak lagi mampu menanggung kerugian yang mencecah ribuan ringgit serta risiko keselamatan dalam berdepan bencana ini saban tahun.

Razak berkata, kerajaan perlu menyelesaikan isu berkenaan yang sudah menjadi mimpi ngeri buat para penduduk setelah sekian lama.

“Mana-mana kerajaan perlu memikirkan masalah Kampung La ini supaya membuat penempatan semula kepada mangsa sebab saban tahun ia berulang dan tiada penyelesaian”

Sementara itu, seorang penduduk lain turut merayu agar isu yang membabitkan nyawa rakyat ini diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, masalah banjir di Kampung La ini berlaku setiap tahun cuma bezanya kecil atau besar. Tambahnya lagi, musibah banjir tahun 2022 ini amat teruk yang mana 97 peratus rumah di kampung berkenaan ditenggelami air.

Baca : Lelaki Enggan Pindah Ke PPS Walaupun Banjir Demi Kucing Kesayangan

Banjir Selamatkan Kucing

Sumber: FMT
Sumber: Teganuku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.