in

“Tak ada pun yang datang” – Ali Puteh Sediakan Alamat Rumah, Ajak Netizen Bersemuka Untuk Bincang Isu Faraid Keluarga

Jemput Datang Rumah Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sudah-sudah dengan kontroversi yang melanda semenjak kematian arwah Abam Bocey, semalam, pelawak Ali Puteh telah memuat naik gambar MyKad miliknya yang tertera alamat rumah di Instagram.


Menurut Harian Metro, tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk memudahkan netizen yang ingin bersemuka dengannya bagi membincangkan isu yang membelenggu keluarga sejak kematian arwah Abam Bocey. 

View this post on Instagram

Jemput tuan tuan dan puan puan..

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official) on

Tambah Ali lagi, dia bukan nak menunjuk-nunjuk yang dia kuat atau hebat, namun sebaliknya dia terbuka menerima sebarang pandangan dan perbincangan dengan pihak lain.

“Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.

“Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,” katanya.

Ali P

Kata Ali lagi, dia juga tidak mahu orang lain berkata dia putar belit mengenai isu tersebut. Jadi eloklah kiranya mereka bersemuka.

Dalam pada itu, Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagramnya yang masih terus menerus memberi sokongan kepadanya.

“Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,” katanya lagi.

Hmm min pun tak tahulah nak comment apa lagi… 

Baca: “Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjuk” – Ali Puteh Saman Balik Kakak Ipar, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Abam

Dayah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.