in

“Tak ada kena mengena” – TokTi ‘Sound’ Peniaga Guna Rambut Botak Datuk K Untuk Iklan Produk

Ft Tokti Iklan Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi menzahirkan rasa bengang terhadap segelintir peniaga yang cuba ambil kesempatan terhadapnya.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, ada peniaga menggunakan gambarnya bersama suami sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan.

 

Saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka

288122523 433220365319929 7514307790913691380 N

Dalam posting tersebut dilihat mereka menggunakan gambar TokTi dan Datuk K yang kini dah botakkan kepala dan peniaga gunakan gambar itu dengan memberikan kenyataan palsu mengenai keguguran rambut.

Kata TokTi, ini bukanlah pertama kali beliau dipergunakan sebegini di mana gambar digunakan untuk melariskan perniagaan padahal beliau langsung tidak terlibat, kononnya siap ada testimoni lagi.

288112580 411552434319148 5881636621789460568 N

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.”

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.”

Malah, TokTi juga menasihati peniaga agar berniaga untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu. Beliau juga berharap agar ada pengguna lebih peka dengan iklan-iklan sebegini.

Baca : “Bersyukur diberi penghormatan” – Wajah Tokti Terpampang di ‘Billboard’ New York Times Square

Tokti Masuk Billboard Ny

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.