in

Tak Ada Duit Belanja, 2 Beradik Terpaksa Ponteng Sekolah Selama 3 Minggu

Adik Beradik Terpaksa Ponteng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tiga minggu lalu, dua beradik di Kampung Berhala Lima, Limbat terpaksa ponteng sekolah akibat tidak mempunyai wang saku untuk berbelanja makan menurut Sinar Harian baru-baru ini.


Pelajar yang bersekolah darjah enam dan kakaknya, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong tersebut merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang mana bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala ibu mereka pula seorang tukang cuci yang juga tidak mempunyai pendapatan tetap.

Tambah ibu mereka, pelajar tingkatan empat tersebut merupakan anak kedua daripada tujuh beradik dan dia sepatutnya pulang ke asrama sekolah yang terletak di Bukit Marak, Bachok.

2261289

Pun begitu, remaja berkenaan tidak dapat berbuat demikian kerana ibu dan bapanya tidak dapat untuk menyediakan sejumlah wang untuk anak tersebut belanja di sekolah pada setiap minggu.

Selain itu, anaknya yang ketiga juga tidak dapat ke sekolah kerana pasangan suami isteri berkenaan tidak dapat memberikan wang saku sebanyak RM3 setiap hari kepadanya.

Walaupun menerima Rancanngan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah, menurut ibu meraka, anaknya terbabit tidak dapat menahan lapar kerana perlu mengikuti Kelas Al-Quran dan juga Fardu Ain di sekolah sehingga jam 3.30 petang.

2261291

Selain itu, difahamkan enam dari tujuh anak kepada pasangan terbabit mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM750 sebulan, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi kerana 3 anak mereka masih kecil iaitu berusia empat, tiga dan empat bulan yang masih minum susu formula.

Tambahnya lagi, kos susu untuk sebulan mencecah RM800 manakala lampin sekitar RM150. Itupun mereka sekeluarga terpaksa makan minum ala kadar sahaja selain, ada saja hari anak-anak ke sekolah tanpa membawa wang saku tetapi mereka sudah tidak dapat bertahan dengan keadaan itu.

Dia juga memberitahu, wang dan makanan menjadi keutamaan yang sangat diperlukan oleh keluarganya melebihi keperluan tempat tinggal mereka sembilan beranak.

Sumber : Sinar Harian

Baca : “Depa cakap cacat” – [VIDEO] Balik Sekolah Menangis, Ibu Dedah Anak Diejek Rakan Kerana Adik OKU

Ft Kakak Nangis Adik Rms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.