Tak cukup kat Malaysia dan Indonesia, dia cuba nak ‘buat hal’ dekat Singapore pula!
Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menahan satu kereta Myvi di stesen pemeriksaan Woodlands ketika ingin keluar dari Singapura.
Mereka mendapati ada seorang lelaki tengah bersembunyi dalam bonet kereta. Difahamkan, lelaki tersebut merupakan pemuda 31 tahun warga Bangladesh.
Tak ada sijil dokumen yang sah
Menurut sumber dari kenyataan media, pemandu dan penumpang terdiri daripada 2 orang wanita warga Malaysia. Pemandu berumur 28 tahun dan seorang lagi penumpang berumur 33 tahun, pihak ICA mendapati bahawa lelaki warga Bangladesh ini tidak mempunyai dokumen yang sah.
Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan. Ya lah mayberuang bonet Myvi ni kan luas tapi jalan lah sampai buat simpan orang, lalu imigresen bukan macam lalu plaza tol.
Jika mereka didapati bersalah kerana melakukan perlepasan secara haram. Mereka boleh didenda sehingga $1,000 (RM3,028), penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Malah, sekiranya disabitkan membawa pendatang asing yang dilarang keluar dari Singapura, pesalah boleh dipenjarakan maksimum 5 tahun dan sekurang-kurangnya tiga kali sebatan.
Malah, kenderaan yang digunakan dalam kesalahan sedemikian boleh dilucuthakkan daripada memasuki Singapura.