Sebab itulah orang tua selalu berpesan, hati-hati kalau bermain cinta. Jangan sampai jiwa merana. Kalau dah merana tu, kadang-kadang boleh bawa kepada dendam dan mengakibatkan bahaya kepada si pasangan.
Baru-baru ni, viral di Facebook gambar seorang wanita yang didakwa telah ditoreh mukanya oleh seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan objek tajam.
Luka hampir 5 cm, bermula dari bibir hingga ke pipi
Menurut Harian Metro, seorang lelaki warganegara Bangladesh dikatakan nekad menoreh wajah mangsa sepanjang 5 cm bermula dari bibir hingga pipi kanan menggunakan objek tajam. Allahu!
Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Khamis lepas sekitar jam 5 petang di sebuah pusat beli belah Jalan SS 20/27, Damansara Jaya.
Susulan daripada kejadian tu, mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian tu dilaporkan kepada pihak polis.
Masalah percintaan dengan bekas teman lelaki jadi punca
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil lepas mendapat rawatan di PPUM dan telah dibenarkan keluar sehari lepas kejadian.
“Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu,” kata Mohd Zani.
Suspek kini direman selama 7 hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
“Macam dah tak ada jantan. Bangla awak pilih”
Rata-rata netizen yang mengikuti kisah ini mengecam wanita tersebut kerana tersalah memilih pasangan. Tambah-tambah pulak lelaki tersebut warganegara Bangladesh. Aduh tajam jugak mulut netizen ni!
Apa-apapun admin tak mahu salahkan gadis ini atas apa yang terjadi kepadanya. Mungkin dia tersalah langkah sebab berkawan dengan lelaki warga asing. Jadi kita doakanlah semoga dia cepat sembuh dan suspek diberi hukuman setimpal.