in

“Tak ada bukti saintifik” – KKM Tak Galak Rawatan Alternatif Guna Kunyit, Daun Semambu Untuk Rawat HFMD

Rawatan Alternatif Hfmd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ‘perjuangan’ melawan Covid-19 hampir menunjukkan sinar, Malaysia diuji sekali lagi dengan penyakit yang mungkin akan berterusan dalam jangka masa yang panjang iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


Sehingga 17 Mei lalu, statistik menunjukkan sebanyak 31,661 kes HFMD telah direkodkan di negara ini yang mana ‘mangsa’ utamanya adalah kanak-kanak, menurut perkongsian oleh KKM, 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Namun, tular di laman-laman sosial kononnya jangkitan HFMD ini boleh diatasi dan dikurangkan dengan menggunakan rawatan alternatif yang sebenarnya tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

37846592 10155442494901237 2894715924944781312 N

Baru-baru ini, KKM memaklumkan bahawa pihaknya tidak menggalakkan pengunaan serbuk kunyit atau daun semambu sebagai kaedah rawatan alternatif.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, sepatutnya ini yang orang ramai perlu lakukan sekiranya terkena jangkitan HFMD berkenaan :

  1. Berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan seperti sakit tekak, sakit kepala, demam, hilang selera makan, ulser pada lidah,tekak dan mulut serta ruam dengan vesikel pada tangan, kaki dan kawasan diaper.
  2. KKM tidak galakkan rawatan alternatif kerana ia tidak ditentukan kesahihannya dari sudut Sains.
  3. Tiada rawatan khusus dari sudut sains bagi penyakit HFMD.
  4. Pastikan kanak-kanan terkena HFMD minum air secukupnya untuk elak dehidrasi.

Tambahnya lagi, sekiranya pesakit langsung tidak boleh meminum air, mereka perlu dibawa ke hospital untuk diberikan air secara intravenous iaitu suntikan ke dalam salur darah.

Cdc Hmfd

Sementara itu, menurut perkongsian laman web perubatan antarabangsa, WebMD, langkah-langkah seperti berikan ubat penahan sakit boleh dilakukan selain ibu bapa perlu elak untuk berikan aspirin kerana ianya boleh menyebabkan penyakit serius pada kanak-kanak.

Selain itu, pesakit perlu elak dari meminum jus ataupun soda yang mengandungi asid. Sebaliknya untuk melegakan sakit tekak, makanan sejuk seperti yogurt atau smoothie boleh diberikan.

Tambah WebMD, gejala gatal-gatal juga boleh dikurangkan dengan penggunaan losyen antigatal seperti calamine dan lain-lain yang ada di pasaran.

Baca : Bahaya! Ibu Bapa Kena Alert 4 Jenis Penyakit Yang Sedang ‘Mengganas’ Serang Kanak-Kanak Kini

Penyakit Bahaya Serang Kanak Kanak

Sumber: KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.