in

“Tak ada bau ke tu?” – Lelaki Guna Kasut Sebagai Ganti Sebab Lupa Pakai ‘Face Mask’

Feature Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian pelitup muka atau face mask di tempat awam sudah menjadi kewajipan semua lapisan masyarakat sebab ini lah salah satu usaha yang perlu kita lakukan untuk melandaikan lengkung kes jangkitan COVID-19. Kanak-kanak dua tahun ke bawah je yang tak perlu pakai mask ni sebab takut lemas kalau dorang tertidur. 



Namun, sebagai manusia biasa, kita tak terlepas dari membuat kesalahan, jadi akan ada ketikanya di mana kita terlupa nak bawa atau pakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Bagi seorang lelaki ini, dia telah bertindak menggunakan kasut untuk menggantikan pelitup muka sebab dia dipercayai terlupa nak pakai.

Video lelaki tersebut telah viral di Twitter setelah dikongsikan oleh netizen yang dikenali sebagai Alan pada hujung April lalu.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Thailand dan dapat dilihat dalam video terbabit yang lelaki berkenaan sedang beratur di sebuah pasar raya atau pusat beli belah. Dia dilihat telah mengikat kasut tersebut pada mukanya menggunakan tali kasut berkenaan.

Mask 2

Mask 4

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 60 ribu kali di Twitter dan telah mendapat lebih 1,800 likes daripada netizen. Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan kreatif lelaki terbabit. Namun, ada yang berpendapat mungkin ini hanya lah gurauan semata-mata. Mungkin dorang buat social experiment kot. 

Pada ketika ini, kesahihan kejadian ini belum dapat dipastikan lagi. Kita husnuzon je lah, kalau betul dia guna kasut tu untuk ganti topeng muka, mungkin kasut tu baru je dibeli.

Tapi kalau korang berada dalam situasi macam ni, apa agaknya yang korang buat? Adakah korang akan balik semula ke rumah untuk ambil mask atau korang cancel je plan nak shopping? 

Sumber: Twitter 

Baca: Didenda Baca Surah Yasin Sebab Tak Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Mask

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.