in

“Pergi balik Afrika” – Pakcik Maki Hamun Warga Asing Dalam Bas Gara-gara Terlupa Pakai Mask

Ft Pakcik Rasis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki dalam menegur seorang warga asing dianggap agak keterlaluan untuk meminta memakai pelitup muka kerana telah menyentuh isu perkauman.

Perbuatan lelaki tersebut tular menerusi satu video berdurasi 5 minit di Reddit. Dalam video itu, lelaki tersebut menengking seorang individu warga asing yang dipercayai seorang siswa dari Sudan.


“Kau tahu aku siapa? Aku boleh buatkan kau susah!”

Lelaki itu dilihat terus memaki hamun sampai mendesak pelajar tersebut untuk tunjukkan pasport dan menggelarkan dirinya ‘n*gro’.

Mangsa, Ayman menceritakan kepada WORLD OF BUZZ menyatakan bahawa kejadian ini berlaku hujung minggu lalu.

“Saya dalam perjalanan ke One Utama dari Damansara Utama dan saya masuk ke dalam bas yang tak ramai penumpang. Saya terlupa nak pakai pelitup muka, tak lama lepas saya dapat masuk dalam bas, pakcik tersebut datang ke arah saya dan mula tinggikan suara.”

Screenshot 2022 10 05 192826

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Ayman meminta pakcik tersebut untuk bertenang dan dia dengan sopan menyatakan kepada pakcik tersebut untuk duduk kerana bas dah nak bergerak dan maklumkan dia akan pakai pelitup muka.

Bagaimanapun, situasi menjadi semakin tegang apabila pakcik tersebut terus maki hamunnya dan mendesak untuk pakai pelitup muka dengan serta merta.

“Dia kemudiannya maki hamun lagi dengan kata-kata kesat sampai gelarkan saya n*gro dan minta saya balik Afrika. Dia kemudiannya tanya nama saya dan bila saya tak respon, dia kata saya buat malu nama negara saya.”

Screenshot 2022 10 05 192838

Selepas hampir 4 minit untuk cuba bertoleransi, Ayman akhirnya lantang dan menyuruh pakcik itu berhenti tetapi pakcik tersebut tetap ‘bising’ dengan menyatakan Ayman tidak tahu undang-undang dan telah melanggarnya.

“Kalau kau tak boleh ikut undang-undang, jangan datang Malaysia.”

Seorang lagi pakcik yang ada dalam bas itu mula ikut pelaku memarahi Ayman dengan mengatakan,

“Macam ni lah orang kulit hitam, diaorang rasa diaorang cukup bagus dalam negara kita ni.”

Kata Ayman, ketika bas sampai ke perhentian, dia tanya pemandu bas jika dia ada buat kecoh. Dia mengatakan kepada pemandu bas itu yang dia tidak mahu cetuskan kekacauan.

Berikutan kejadian itu, Ayman turut menyatakan bahawa pemandu bas itu juga tidak memakai pelitup muka dan buntu kenapa perlu melibatkan perkauman.

Screenshot 2022 10 05 192850

Bagaimanapun, Ayman kata, dia kongsikan video ini untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

“Saya datang ke Malaysia sejak berusia 5 tahun, bersekolah rendah dan menengah di sini. Jadi, saya tidak fikir mereka ini mewakili Malaysia dalam apa cara sekalipun, beberapa orang terbaik yang saya kenal adalah dari latar belakang yang sama dengan lelaki itu.”

a friend of mine getting abused , send me this today while he was travelling
byu/Tsilent_killer inmalaysia

Dalam pada itu, Ayman juga menyatakan bahawa dia patut lebih peka dan pakai pelitup muka untuk masuk bas.

Baca : “Masih ramai rakyat M’sia yang baik, tak racist” – Kereta Pemuda Rosak, Uncle Cina Datang Beri Pertolongan

Feat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.