“Tahun lepas beli untuk ayah, tahun ni untuk diri sendiri” – Inspiring! Usahawan Berusia 28 Tahun Kongsi Kisah Beli 2 Mercedes Benz Dalam 2 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa je yang tiada impian nak gembirakan hati ibu bapa yang dah habiskan banyak duit untuk besarkan kita. Macam kisah inspirasi usahawan kecantikan ni, dia sudah berjaya belikan sebuah kereta Mercedes Benz untuk ayah dia tahun lepas.

Jadi, tahun ini, dia berjaya beli kereta yang sama untuk diri sendiri pula. Hebat gila!

Menurut perkongsian Nabella Anuar di Twitternya, antara cara yang dia buat untuk memotivasikan diri bila rasa down adalah dia akan tulis target dan strateginya untuk berjaya pada setiap malam.

Korang pun boleh cuba cara yang sama, manalah tahu kalau boleh berjaya jugak.

Ramai netizen di Twitter yang ucap tahniah dengan kejayaan Nabella ni. Kami pun tumpang gembira.

Pemilik perniagaan Kayman Beauty ni semangnya beauty with brain! Dia juga berhasrat agar ahli stokis dan agen perniagaannya yang lain juga mampu untuk beli kereta impian macam dia.

Tweet yang telah mendapat sebanyak hampr 10 ribu retweet tu juga menjadi inspirasi untuk netizen Twitter lain untuk mencontohi kejayaan dia.

 

 

Wanita yang berusia 28 tahun ini memang patut dijadikan contoh dalam bidang perniagaan.

Ha, korang pun kena berbakti pada ibu bapa, barulah rezeki berkat.

 

Baca: “Saya rasa berkat hidup saya sekarang” – Perkongsian Bagaimana Lelaki Ini Berbakti Dengan Ibunya Sentuh Hati Netizen 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: