in

“Tahniah!” – Noh Salleh Muat Naik Gambar Baju Putih, Bagi ‘Hint’ Bakal Bernikah?

Noh 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mendirikan rumah tangga adalah salah satu impian bagi segelintir orang apabila mereka sudah bersedia. Bagi memastikan hari bahagia itu berjalan dengan lancar, pelbagai persiapan rapi akan dilakukan. Hal yang sama juga dilakukan oleh Noh Salleh yang bakal menamatkan status duda tak lama lagi.


Artikel berkaitan: “Kami berebut anak” – Noh Salleh Akui Hidup Lebih Sukar Selepas Bercerai
Artikel berkaitan: “Tolong maafkan saya” – Patahkan Hati Orang Tua, Noh Salleh Mohon Maaf

Baru-baru ini kecoh di media sosial penyanyi popular dengan lagu Angin Kencang telah memuat naik gambar dua pasang baju berwarna putih di Instagramnya. Hantaran itu seakan memberi bayangan dia sedang dalam persiapan hari bahagia.

Noh 10

Bukan gambar seluruh baju tersebut dimuat naik tapi hanya di bahagian kolar baju sahaja namun jelas ukiran di pengangkut baju tersebut nama bakal isterinya dan tarikh pernikahan mereka yang akan berlangsung tak lama lagi.

Walaupun gambar tersebut baru sahaja dimuat naik, hantaran tersebut telah mendapat lebih 3K like dan komen daripada netizen. Rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan dua merpati sejoli ini dipermudahkan.

Noh 1 Noh 2

Sebelum ini vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh telah melangsungkan pertunangannya bersama seorang peguam, Fatin Athira Mustapa pada 7 Mei 2023 yang lalu. Cantik berpakaian hitam pada hari pertunangan dengan pilihan hati, difahamkan mereka turut menetapkan tarikh pernikahan pada 23 September akan datang.

Umum mengetahui Noh Salleh juga pernah bernikah dengan Mizz Nina atau nama asalnya Shazrina Azman pada 2 Julai 2011, walau bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 3 Ogos tahun lalu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.