in

“Tolong maafkan saya” – Patahkan Hati Orang Tua, Noh Salleh Mohon Maaf

Ft Noh Salleh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Konsert Patah Hati di Zepp Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh penyanyi, Noh Salleh di hadapan hampir 2,400 penonton.


Difahamkan sewaktu menjayakan konsert tersebut, yang juga dihadiri oleh kedua ibu bapa Noh, dia sempat memberitahu bahawa sepanjang hidupnya selama 38 tahun, telah banyak hati yang dia lukai termasuk peminat dan rakan-rakan media yang terlibat.

https://www.instagram.com/p/Cp20WJASK8z/

“Saya banyak mengecewakan ibu bapa serta jutaan orang yang telah saya patahkan hatinya. Sepanjang menjadi seniman, saya banyak tersalah cakap dengan peminat, wartawan dan bekas teman wanita.”

“Tapi saya rasa yang paling dahsyat dosa saya ialah patahkan hati orang tua saya. Saya tahu sepanjang hidup selama 38 tahun ini, saya tidak pernah menjadi anak yang baik,” jelasnya.

Dalam pada itu juga, Noh dengan rasa rendah diri telah memohon maaf kepada semua pihak yang pernah terasa hati dengannya sepanjang perjalanannya sebagai seorang anak seni.

https://www.instagram.com/p/CpFLtMQyaeb/

Noh turut menyifatkan tema konsert Patah Hati itu seakan-akan rapat dengan kisah hidupnya dan berasa sungguh gembira apabila persembahannya itu turut dihadiri ibu bapanya.

“Saya tahu saya bukan anak yang baik. Tolong maafkan segala dosa saya untuk menjadi manusia sepanjang menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini,” katanya.

Sumber : Kosmo!

Manusia takkan pernah lari dari kesilapan, jadinya kita haruslah saling memaafkan…

Baca : Isu Noh Meludah, Pengurus Perjelas Punca Rupanya Sebab Terkena Renjatan Elektrik

Noh Hujan Tak Meludah Kena Renjatan 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.