Korang perasan tak? Tahun ini ramai artis popular yang kahwin termasuklah Ariana Grande! Biar betul penyanyi Thank You Next ni dah jadi isteri orang? OMG happy betuls!
Berita gembira ini dikongsikan oleh wakil pengurusan penyanyi tersebut kepada People.com.
“Mereka sudah berkahwin pada hujung minggu lalu dan hanya dibuat dalam majlis tertutup.”
Majlis perkahwinan mereka dilakukan di kediaman Ariana di Montecito, California dengan dihadiri kurang daripada 20 orang tetamu. Musim Covid ni bahaya buat ramai ramai, cukup la ajak keluarga terdekat je,betul tak?
Kedua-dua belah keluarga pun happy bila pasangan ini telah disatukan. Yelah, mak ayah mana tak gembira kan tengok anak diorang kahwin kan.
Diam-diam dah kahwin
Ariana Grande sah bergelar isteri kepada agen hartanah,Dalton Gomez selepas hubungan mereka terjalin pada Januari tahun lalu. Katanya diorang pertama kali umumkan hubungan diorang bila buat kemunculan bersama dalam muzik video lagu Stuck With You yang dinyanyikan oleh Ariana Grande dan Justin Bieber.
Disember tahun lalu pula dapat tahu yang Ariana sudah bertunang dengan lelaki tersebut bila dia muat naik gambar cincin di Instagram miliknya.
Lepas itu, diam-diam tahu sudah kahwin. Katanya nak ‘keep it private’. Takpe, kita sebagai peminat ni faham yang diorang nakkan privasi.
Semoga takde dah ‘thank you next’ dari Ariana. Harap-harapnya hubungan mereka sebagai suami isteri berkekalan sampai bila bila.
Ok next, siapa pula nak kahwin?
Sumber: Billboard, People.com