Hari Jumaat merupakan hari yang suci oleh umat Islam dimana semua orang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan seperti bersedekah dan Solat Jumaat untuk orang lelaki.
Selalu kita nampak orang akan bersedekah dengan cara memberi duit dan makanan, tapi lain pula yang berlaku di sebuah masjid di Segamat, Johor bahawa pada hari itu para lelaki sedang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat.
Sedekah paling ‘rare’
Video yang telah dikongsi di TikTok dan tular di Facebook menunjukkan kejadian individu yang boleh dikatakan ‘rare’ dengan cara memberi sedekah dalam bentuk rokok dan diletakkan di setiap bakul motosikal yang berada di masjid tersebut.
Pak cik tak dikenali yang bagi, penuh rokok satu beg!
Video seterusnya juga telah dimuatnaik menunjukkan rupanya seorang pak cik yang berumur lebih kurang 60-an yang mengagihkan rokok tersebut dan terlihat penuh dalam satu beg! berapa la modal dia keluarkan ye….
Undang persoalan netizen, dapat pahala ke sebaliknya?
Video tersebut juga mendapat perhatian oleh netizen sebelum ia disuktkankan, siap ada yang mempertikaikan perbuatan itu salah kerana dari segi hukum hakam rokok tersebut.
Tapi apapun, semua perkara yang dianggap isu dalam hukum agama seharusnya dijawab oleh yang lebih arif dalam bab ni untuk mengelakkan salah faham antara kita. Min rasa pun benda ni baru dan perlu dijawab oleh orang yang tertentu.