in

Sweet Dan Kelakar, Jom Tonton 8 Filem Komedi Romantik Ini Semasa Cuti Nanti!

F4 Fk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara kita yang merancang untuk bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Namun, untuk yang plan nak duduk berehat di rumah je, boleh tonton lapan filem romantik komedi dari Barat ini untuk hilangkan kebosanan anda.


#1 How to Lose a Guy in 10 Days (2003) 

Dibintangi oleh Kate Hudson dan Matthew McConaughey, filem ini mengisahkan tentang seorang penulis majalah wanita iaitu Andie yang terinspirasi untuk menulis artikel tentang cara untuk kehilangan teman lelaki dalam masa 10 hari setelah melihat hubungan percintaan rakan baiknya putus.

Menurut Andie, hubungan rakannya itu putus kerana sikap yang terlalu emosional. Sikap itulah yang membuatkan lelaki tidak tahan untuk meneruskan hubungan dengannya.

5 2 2

Oleh itu, Andie kemudiannya mula berpacaran dengan seorang lelaki iaitu Benjamin untuk membuktikan kata-katanya itu.

Manakala Benjamin pula bertaruh dengan kliennya bahawa dia boleh membuat wanita jatuh cinta dengannya dalam masa 10 hari sahaja.

Jadi, kedua-dua mereka memulakan hubungan namun masing-masing mempunyai kepentingan peribadi. Jadi, kalau nak tahu apakah pengakhiran pertaruhan Benjamin dan Andie, korang kena tengok filem ini sampai habis.

Namun, sebelum itu, tonton dulu trailer filem ini.

#2 Clueless (1995) 

Walaupun filem lakonan Alicia Silverstone ini ditayangkan pada tahun 1995, namun ia masih lagi menarik dan relevan untuk ditonton pada zaman ini.

Filem Clueless mengisahkan tentang Cher Horowitz yang merupakan seorang remaja yang kaya.

Untuk anda yang gemarkan filem tentang persahabatan dan percintaan, memang wajib tengok Clueless sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

 

#3 Four Weddings and a Funeral (1994)

Filem-filem yang dilakonkan oleh Hugh Grant memang jarang mengecewakan penonton. Salah satunya ialah filem Four Weddings and a Funeral, sebuah komedi romantik yang menarik dan kelakar.

Charles dan beberapa orang rakannya merupakan orang yang tidak bernasib baik dalam percintaan.

3 8

Namun, apabila dia bertemu dengan seorang wanita Amerika iaitu Carrie di sebuah majlis perkahwinan, Charles merasakan bahawa nasibnya dalam percintaan mula berubah.

#4 13 going on 30 (2004) 

Filem lakonan Jennifer Garner ini pula menceritakan tentang seorang remaja berusia 13 tahun yang mahu menjadi dewasa setelah dimalukan oleh rakan-rakan sekelasnya ketika hari lahirnya.

Yang ajaibnya, tak lama selepas itu, dia tiba-tiba menjadi wanita dewasa yang berusia 30 tahun!

Adakah dia akan kembali semula ke usia 13 tahun? Sebelum itu, jangan lupa tonton trailer filem ini dahulu.

#5 Isn’t it Romantic (2019) 

Filem yang dilakonkan oleh Rebel Wilson atau lebih dikenali sebagai Fat Amy dalam filem Pitch Perfect memang kelakar hingga buat kita gelak tak ingat dunia.

Filem Isn’t it Romantic ini pun tak kurang kelakar sebab watak utamanya iaitu Natalie telah dilakonkan oleh Rebel Wilson.

Ia menceritakan tentang Natalie, seorang artikek yang menghadapi kesukaran dalam mencari cinta.

Namun, suatu hari, Natalie telah pengsan setelah menjadi mangsa ragut. Apabila dia tersedar, tiba-tiba dia telah berada di dalam dunia fantasi komedi romantik di mana dia telah menjadi watak utama dan lelaki kacak yang merupakan klien syarikatnya di dunia nyata juga telah jatuh cinta dengannya.

#6 The Proposal 

Dilakonkan oleh Sandra Bullock dan Ryan Reynolds, filem The Proposal menyaksikan watak utama iaitu Margaret telah memaksa stafnya iaitu Andrew untuk berkahwin dengannya agar dia tidak akan dihantar pulang ke negara asalnya di Kanada.

6 1 1

Namun, apabila mereka ke Alaska untuk melawat keluarga Andrew, bibit-bibit cinta mula terbit antara mereka.

#7 Bridesmaids (2011)

Filem Bridesmaids ini pula bermula dengan kisah watak utama iaitu Annie yang terpaksa ditimpa malang apabila menjadi pengapit untuk kawan baiknya, Lilian yang akan berkahwin tak lama lagi.

Annie juga terpaksa berdepan dengan Helen iaitu isteri kepada bos bakal suami Lilian. Bagi Annie, Helen dilihat seperti cuba untuk merampas kawan baiknya itu daripada dirinya.

Ada banyak lagi kejadian kelakar dan memalukan yang terjadi kepada bridesmaids Lilian termasuklah Annie. Kalau nak tahu apa yang memalukan sangat tu, korang kena tengok filem ini sampai ke penghujungnya.

#8 Made of Honour 

Plot filem lakonan Patrick Dempsey yang terkenal dengan watak Derek dalam Grey’s Anatomy dan Michelle Monaghan ini berkisar tentang lelaki iaitu Tom yang jatuh dengan sahabatnya sendiri iaitu Hannah.

4 6

Namun, dia tidak sempat untuk meluahkan perasaannya kepada Hannah kerana tiba-tiba Hannah mengumumkan bahawa dia telah bertunang dan meminta Tom untuk menjadi pengapit.

Berjayakah dia menggagalkan rancangan perkahwinan Hannah?

Sebelum menonton, anda diingatkan bahawa ada sesetengah filem yang kami kongsikan ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, jadi jangan lupa untuk awasi anak-anak anda sebelum tengok filem-filem ni bersama mereka ya. 

Baca: 7 Filem Komedi Seram Thailand Yang Boleh Hiburkan Penonton Sampai Tak Kering Gusi

F1 Fthk

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.