in

“Susah duduk negara kafir” – Pasangan Melayu Tinggal Di Norway Bakal Kena Penjara Sebab ‘Paksa’ Anak-anak Puasa

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam NST melaporkan bahawa kementerian luar negeri mengesahkan satu pasangan yang tinggal di Norway, Hairi Muhammad dan Norliha Khamis sedang dalam perbicaraan kerana didakwa mendera anak-anak mereka.


Pada bulan Mei tahun ini, pasangan tersebut telah hilang hak penjagaan anak ke atas 5 orang anak mereka yang berusia dari 4 ke 16 tahun selepas pihak berkuasa Norway menjalankan siasatan.

Kalau korang nak tahu, siasatan ini dibuat selepas salah seorang anak pasangan ini mengadu yang dia perlu puasa pada Ramadan lalu.

Msian Couple In Norway On Trial For Abuse For Forcing Their Children To Puasa World Of Buzz 4
Sumber: nst

Saya stress sebab saya tak boleh makan lama masa bulan Ramadan.”

Selepas mendapat aduan ini, cikgu kanak-kanak ini telah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Nak dijadikan cerita, salah seorang anak mereka mengatakan yang dorang telah dipukul tapi bila pihak polis periksa rumah keluarga ini, tak ada sebarang rotan yang mereka temui.

Setakat ini, anak-anak pasangan ini telah ditempatkan di rumah 3 keluarga bukan Islam di Norway. Keluarga pasangan ini cuba untuk membela mereka dengan mengatakan, walaupun pasangan ini tegas dalam bab agama, mereka merupakan orang yang baik.

Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden kini sedang memantau perkembangan kes ini.

Msian Couple In Norway On Trial For Abuse For Forcing Their Children To Puasa World Of Buzz 2
Sumber: remaja

Kedutaan sedang bekerja dengan agensi tempatan yang sepatutnya untuk melindungi hak dan kebajikan keluarga tersebut termasuk memastikan anak-anak pasangan ini ditempatkan di rumah keluarga Muslim.”

Perbicaraan kes telah dijadualkan akan berlangsung pada 4 hingga 6 November dan pegawai kedutaan juga akan turut hadir.

Kalau korang nak tahu, 4 tahun lepas, kes yang lebih kurang sama pernah berlaku di Sweden di mana satu pasangan dari Malaysia telah didapati bersalah mendera anak mereka bila dorang menghukum anak-anak menggunakan tangan, rotan dan penyangkut baju.

Mungkin bagi kita dekat sini, perkara macam ni tak lah dikira sampai mendera anak. Tapi dekat sana, kalau tak bagi anak makan ia satu kesalahan yang besar. Apa-apa pun harapnya keluarga ni dapat bersatu semula.

 

Baca: “Mentaliti Melayu Muslim Malaysia” – Lelaki Ini Hentam Netizen Yang ‘Troll’ Buruh Kasar Yang Tak Puasa

Screenshot 2019 11 01 At 1.52.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.