in

Susah Cari Suami? Keluarga Lelaki Korang Boleh ‘Beli’ Je Kat Pasar Ni

Pasar Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya bila sebut pasar, apa benda pertama yang muncul dalam fikiran korang?


Tak kiralah pasar raya ke, pasar malam ke, secara konsepnya, pasar ini merujuk kepada satu tempat atau kelompok gerai yang kebiasaannya menjual barangan seperti makanan dan keperluan harian.

Tapi, korang tahu tak ada satu pasar ini barangan ‘jualannya’ lain daripada yang lain sebab mereka ‘menjual’ bakal suami.

Dengan sejarah penubuhan yang sudah mencecah sekitar 700 tahun lamanya, Saurath Mela atau Sabhagachhi merupakan pasar suami yang diadakan di Bihar, India selama sembilan hari. Di pasar ini, ‘harga’ bagi setiap orang bakal suami berbeza mengikut kebolehan, pendidikan dan latar belakang keluarga.

Img 20220703 140215 Bokeh E1660442016333

Nirbhay Chandra Jha, 35, sudah melalui perjalanan sejauh lebih 100 Kilometer demi menyertai pasar terbabit. Bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah kilang, Nirbhay percaya dia adalah calon suami yang sesuai kerana mempunyai pendapatan yang tetap. Pun begitu, ‘harga’ yang ditetapkan untuk dirinya hanyalah sekitar RM2,800.

“Disebabkan umur saya yang agak lanjut, saya tak boleh letak harga terlalu tinggi. Kalau saya masih muda, saya boleh minta harga sekitar RM10,000 hingga RM16,444,” katanya.

Untuk pengetahuan, ‘harga’ berkenaan merupakan hantaran perkahwinan yang akan dibayar oleh keluarga bakal pengantin perempuan. Meskipun, hantaran perkahwinan dianggap haram di sisi undang-undang di sana, ia masih diterima dalam kalangan masyarakat.

Img 20220702 Wa0010 01 E1660442226199

Selalunya, apabila bakal suami sudah dipilih, keluarga bakal pengantin perempuan akan berbincang mengenai hantaran perkahwinan dan sekiranya ‘harga’ yang diletakkan mampu dibayar, selendang merah akan dipakaikan pada bakal suami yang dipilih sebagai tanda dia sudah dipilih.

Sumber turut menyatakan kebiasaannya, bakal pengantin perempuan tidak boleh memilih sendiri bakal suaminya dan keluargalah yang akan memberikan kata putus.

Sumber: Al Jazeera, Oddity Central

Baca: “Kau ambiklah dia” – Wanita Jual Suami Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak

Collage 21 E1660439861440

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.