in

“Kau ambiklah dia” – Wanita Jual Suami Lepas Kantoi ‘Main’ Perempuan Lain, Guna Duit Untuk Beli Baju Anak

Collage 21 E1660439861440

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerimaan orang lepas tahu pasangan dorang curang berbeza-beza. Ada yang mengamuk, ada yang tak buat apa-apa dan paling popular sekarang, tularkan tentang perbuatan pasangan di media sosial.


Namun bagi wanita ini lain pula, dia membuat keputusan untuk menjual suaminya lepas dia dapat tahu yang suaminya ada perempuan lain dibelakangnya.

Wanita dari Kenya, Edna Mukwana ini telah menjual suaminya dengan harga 1,700 Kenyan Shilling (RM68.30) kepada perempuan simpanan lelaki itu.

Menurut Mirror, Edna menerangkan yang dia telah menangkap suaminya yang sedang tidur dengan wanita lain di atas katil mereka dan telah menghalau suaminya dari rumah.

Selepas seminggu lebih, wanita ini kemudiannya membuat keputusan untuk menjual suaminya kepada kekasih lelaki itu dengan harga Ksh2,000 tapi wanita itu cuma beri Ksh 1,700.

0 Woman Sells Husband For Equivalent Of £12 So She Can Feed Her Children
Sumber: mirror

Saya beritahu perempuan itu, selama ni pun suami saya hanya berkahwin dengan alkohol dan tidur dengan pelacur.”

Dengan wang yang dia dapat dari menjual suaminya, Edna gunakan untuk membeli pakaian tahun baru buat anak-anaknya.

Bila ditanya adakah wanita ini sanggup menerima suaminya semula, Edna menjawab yang tahun baru ini dia nak mulakan hidup baru dan tak nak bawa apa-apa permasalahan dari tahun 2019!

You go gurlll!

 

Baca: Wanita Ini Kongsi Cerita Hampir Dijual Untuk Dijadikan Pelacur Oleh Suami ‘Taik Judi’

Screenshot 2020 01 10 At 4.10.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.