in

“Supermom!” – Netizen Salute Ibu Tip Top Ni, Makan Minum Suami & Anak Terjaga Walaupun Outstation 5 Hari

Hebat Mama E1655520346270

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak jadi ibu dan isteri yang perfect, tambah-tambah pula kalau wanita tu bekerjaya. Mana dengan tengok kerja di office lepas tu pulang ke rumah nak tengok makan minum anak dan suami. Haih memang memenatkan! 

Namun menerusi satu perkongsian kat Twitter, seorang wanita telah menunjukkan ciri-ciri ibu atau isteri yang perfect lepas dia mampu menjaga makan dan minum suami serta anak-anak selama 5 hari walaupun dia tiada di rumah. Wow! 


 

“Aku SALUTE dengan mommy macam ni” 

Netizen yang berkongsi kisah ibu ni memang sangat salute dengan sikap wanita tersebut yang walaupun dia ke Kuching atas urusan kerja selama 5 hari, dia jaga hal ehwal rumah tangga dengan baik. 

Ini termasuklah dengan lipat dan susun baju anak-anak dan suami siap-siap. Lepas tu, letak pakaian sekolah anak setempat.

Urus 1

Ejvpzmkueaa61P6

Ejvpzmquuaamixa
sumber: twitter

Haa yang paling best, suami dia tak payah susah-susah beli nasi bungkus kat luar sana tu. Dia dah masak siap-siap untuk 5 hari weh! Tinggal nak panaskan je. Fuh hebatlah akak ni! 

Ejvpzmxuuaimgh9

Ejvp0Wzvaaewnwx
sumber: twitter

 

“Bayangkan kalau satu hari nanti isteri dia tak ada…” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang tabik spring dengan effort yang ditonjolkan wanita tersebut. TETAPI… haa ada tetapi ni. Mereka menganggap pulak si suami ini macam sejenis tak tahu buat apa-apa di rumah sebab semuanya dibuat oleh si isteri. Hmm pulak… 

Tak Tau
sumber: twitter

 

“Ni bukan masalah suami dia pemalas, ni soal betapa ikhlasnya isteri dia memasak”

Tapi tak semua wanita berfikiran macam tu. Bagi mereka, apa yang si isteri ni buat mungkin lahir dari hatinya yang ikhlas dan dia memang enjoy buat kerja rumah. Dia sayangkan keluarganya dan sebab tu lah dia nak berikan yang terbaik buat mereka.

Jadi eloklah kalau kita berfikiran positif dan jangan judge keluarga wanita ni.

Happy
sumber: twitter

Tak mampulah min nak jadi wanita se’perfect’ ini. Moga jadi inspirasi buat semua ye! 

Baca: “Sekurang-kurangnya dapat mencegah” – Viral Ibu Pasang Pagar Dalam Kereta Buat E-Hailing Beri Inspirasi Netizen

Hey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.